• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: Warga Liberia Didakwa Tinggal Lebih Masa

oleh Ahmad Albab
12/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki warga Liberia yang mendakwa datang ke Terengganu untuk menjadi pemain bola sepak pasukan T-Team dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan tinggal lebih masa di negara ini.

Luseni Gabriel Smith, 31, yang ditahan di kawasan Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di sini pada kira-kira 9.45 pagi, 8 Okt lepas, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(4) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, siasatan mendapati tertuduh mendakwa datang ke Malaysia tanpa ejen untuk mencuba nasib menjadi pemain import T-Team untuk Liga Malaysia musim depan.

Tertuduh juga mendakwa akan tinggal di negara ini sementara menunggu sesi temuduga bagi mendapatkan status pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) pada tahun 2017.

Smith menangis teresak-esak ketika mengemukakan rayuan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Hakim menetapkan 24 Nov ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu pengesahan daripada UNHCR dan tertuduh kini direman di Penjara Marang.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Imigresen Mohd Hafiz Jaafar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: mahkamahwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd