• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: Kastam Diarah Bayar Lebih RM500,000 Kepada Ramunas

oleh Ahmad Albab
14/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membayar ganti rugi lebih setengah juta ringgit kepada Ramunas Sdn Bhd (Ramunas) kerana menutup pejabat dan menyita 23,347 karton rokok milik syarikat itu secara salah, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wan Arfah Wan Ibrahim ketika membuat keputusan itu dalam kamarnya memerintahkan empat defendan iaitu JKDM dan tiga pegawai jabatan berkenaan membayar RM543,120 kepada pihak plaintif.

Ramunas yang menjalankan perniagaan mengimport rokok keretek itu dinamakan sebagai plaintif pertama manakala pemilik serta pengarah syarikat berkenaan, Roslan Abu Bakar, 50, sebagai plaintif kedua.

Pihak plaintif menamakan dua pegawai JKDM, Kamaruddin Jusoh dan Mohd Sukri Jusoh selaku defendan pertama dan kedua manakala Penolong Kanan Pengarah Kastam 1, Mohamad Sapian Sanusi sebagai defendan ketiga.

Peguam R. Ravendran yang mewakili plaintif ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memaklumkan ganti rugi tersebut merangkumi bayaran sebanyak RM473,120 bagi nilai barangan manakala RM50,000 untuk ganti rugi am dan RM20,000 sebagai bayaran kos.

JKDM diwakili peguam kanan persekutuan Andi Razalijaya A Dadi.

Pada 23 Nov 2010, Roslan memfailkan saman terhadap jabatan kerajaan itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM15 juta daripada pihak defendan.

Dalam pernyataan tuntutan tersebut, plaintif mendakwa pihaknya memperoleh kebenaran eksklusif membeli rokok keretek jenama Club dari Indonesia pada 30 Mac 2009 malah pada hujung tahun 2008, Ramunas juga telah menerima pengesahan sebuah syarikat yang berpangkalan di Thailand untuk membeli rokok berkenaan.

Ramunas juga mndakwa telah dinasihatkan JKDM untuk membeli dan melekatkan label cukai ke atas setiap kotak rokok sebelum membawa masuk rokok tersebut dari Indonesia ke negara ini untuk dihantar ke Thailand.

Berikutan itu pada 7 Jan 2010, pihak plaintif membuat permohonan pembelian label cukai dan mendapat kelulusan daripada Cawangan Perolehan Pejabat Kastam Wilayah Persekutuan dan Ibu Pejabat JKDM.

Bagaimanapun, pada 27 Sept 2010, Roslan mendapati premis perniagaannya yang terletak di Subang Business Centre, Subang Jaya dekat sini ditutup dan terdapat notis larangan oleh JKDM bertarikh 24 Sept tahun sama ditampal di pejabat berkenaan.

Roslan turut mendakwa Mohamad Sapian mengarahkan supaya 23,347 karton rokok keretek yang disimpan di Gudang Konsortium Westport Distripark, Pelabuhan Klang dekat sini dan di gudang Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis (NCER), Perlis dirampas pada tarikh yang sama.

Susulan rampasan tersebut, Ramunas mendakwa kontrak penjualan rokok keretek ke Thailand oleh syarikat itu telah dibatalkan menyebabkan mereka mengalami kerugian yang dianggarkan RM14,470,400 selain kehilangan peluang perniagaan, keuntungan dan modal ekoran kejadian berkenaan. – BERNAMA

Tags: mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd