• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahasiswa Keadilan Dakwa UM Tidak Hormat Perlembagaan

oleh Ahmad Albab
04/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan pelajar pro-pembangkang, Mahasiswa Keadilan menyelar tindakan Universiti Malaya (UM) mengenakan prosiding tatatertib terhadap sembilan pelajar universiti berkenaan kerana terlibat dalam program “Pidato Dato’ Seri Anwar Ibrahim : 40 tahun dari UM ke Penjara” pada 27 Oktober lalu.

Jurucakap Mahasiswa Keadilan, Haziq Farhan mendakwa, pelajar terbabit ialah Fahmi Zainol, Adam Fistival Wilfrid, Safwan Shamsuddin, Nur Syamimi Munirah, Haw Yu Hong, Abraham Au, Khairol Najib Hashimm, Khairul Anwar manakala seorang lagi belum dikenal pasti.

“Pentadbiran UM telah mengeluarkan surat pertuduhan di bawah Kaedah-kaedah UM (Tatatertib Pelajar 1999) terhadap sembilan mahasiswa UM yang mengambil bahagian dalam program “Pidato Dato’ Seri Anwar Ibrahim : 40 tahun dari UM ke Penjara” pada 27 Oktober 2014 di Dataran Dewan Tunku Canselor UM.

“Mahasiswa Keadilan mengutuk sekeras-kerasnya pendakwaan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran UM kepada sembilan mahasiswa tersebut. Pendakwaan ini jelas biadab dan tidak menghormati hak kebebasan akademik dan kebebasan bersuara mahasiswa,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Haziq mendakwa, undang-undang universiti itu telah digunakan oleh pengurusan UM dengan niat jahat untuk menghukum mana-mana pelajar yang tidak sealiran dengan fahaman politik pihak pentadbiran universiti.

Dakwanya, pelajar terbabit didakwa semata-mata kerana mengambil bahagian dalam program pidato oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mendakwa, tindakan itu tidak secocok dengan pendekatan universiti terkemuka dunia mengalu-alukan syarahan oleh Ketua Pembangkang di negara masing-masing.

“Sepatutnya pihak pentadbiran UM dari awal lagi memberi kebenaran dan ruang untuk program pidato tersebut diadakan. Namun apa yang telah berlaku di UM adalah sebaliknya.

“Mahasiswa Keadilan mendesak supaya pertuduhan ini digugurkan atas semangat hak kebebasan asasi yang telah dijamin oleh Perlembagaan,” dakwanya.

Media sebelum ini melaporkan UM memulakan prosiding tatatertib terhadap pemimpin pelajar kerana mengadakan perhimpunan bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BACA: Universiti Malaya Dakwa Fahmi Zainol Dengan 9 Tuduhan 

Mereka dikehendaki menghadiri perbicaraan tatatertib di universiti pada 7 November ini dengan ketua mereka, Fahmi Zainol dikenakan sebanyak 9 pertuduhan.

Meskipun dihalang UM, ratusan peserta perhimpunan itu menyerbu pintu utama universiti berkenaan bagi membolehkan Anwar memasuki universiti berkenaan untuk menyampaikan ucapan.

Program “40 tahun: Dari UM ke penjara” itu diisytiharkan haram oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof kerana mencemar imej universiti. – MYNEWSHUB.CC

Tags: mahasiswaUM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

13/01/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd