Selebriti Hollywood ini tidak perlu diperkenalkan lagi, rata-rata rakyat Malaysia begitu mengenali mereka – siapa lagi kalau bukan Lindsay Lohan dan pelakon kacak, Tom Cruise.
Terbaru, menerusi sebuah majalah terkenal Amerika Syarikat, OK! tersebar perkhabaran mengenai hubungan intim kedua-dua selebriti ini yang dikatakan sedang bercinta secara diam-diam.
Iyelah takkan nak mengaku, nanti habis paparazi kejar siang malam. Ye dak?
Eh, tetapi apa-apa pun janganlah begitu mudah mempercayai khabar ini, memandangkan mereka tidak mengaku malah wakil Lindsay Lohan turut menolak sekeras-kerasnya dakwaan gosip yang tersebar.
Kalau nak tahu, majalah tersebut mendakwa mereka sering bertemu secara rahsia selepas bertukar nombor telefon baru-baru ini, di lokasi terkenal Chiltern Firehouse.
Mereka dikatakan sering bersama di Kota London kerana kedua-duanya mempunyai penggambaran di sana.
Majalah OK! menulis, “Lindsay sememangnya mengagumi serta jatuh hati dengan Tom dan sentiasa menanti peluang untuk mendekatinya.”
Kontroversi dirancakkan lagi apabila ada dakwaan menyatakan hero kacak Mission Impossible ini kononnya pernah meniduri seorang aktres wanita yang terlibat dengan pelbagai kes jenayah pada zaman remajanya.
Hah, pembayang memang dah kena sangat dengan Lindsay Lohan tu!
Tapi kalau betul mereka bercinta, apa salahnya..  Tom Cruise pun masih solo selepas bercerai dengan Katie Holmes (walau jauh di sudut hati rasa cam tak kena je. Ermm). –MYNEWSHUB.CC
Oleh: KAKAK BUNGA



