Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Cukup-Cukuplah Drama Politik –...

KUALA LUMPUR - Cukup-cukuplah berpolitik, masa untuk perangi COVID-19 habis-habisan.Itu lah mesej jelas...

Pesawat Lion Air Yang...

JAKARTA - Pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Karawang adalah sebuah pesawat...

Video: Cemas Bila ‘Penumpang...

ALAHAI berdebar-debar jadinya menonton video seorang juruterbang ketika sedang mengendalikan sebuah pesawat ringgan.Bukan...

Wujud Garis Panduan Penggunaan...

CYBERJAYA - Majlis Belia Selangor (MBS) meminta kerajaan mewujudkan garis panduan mengenai penggunaan...

Lenovo Beralih Kepada Peranti 2 Dalam 1

KUALA LUMPUR – Lenovo Malaysia kini memasuki segmen baharu teknologi apabila beralih daripada komputer kepada telefon pintar dan tablet menerusi penghasilan peranti 2 dalam 1.

“Kami bukan sekadar melihat komputer tetapi ‘komputer tambahan’ merangkumi telefon pintar dan tablet,” kata Pengurus Besar Serantau, Khoo Hung Chuan, kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran produk terbaharu Lenovo Yoga 3 Pro dan Yoga Tablet 2 Pro.

Katanya, walaupun kehadiran Lenovo di pasaran sebagai pengeluar komputer, syarikat berkenaan sentiasa berusaha menawarkan produk baharu bagi memenuhi permintaan peminat yang sentiasa memburu peranti baharu serba menarik.


“Sasaran kami ialah pengguna yang meminati peranti 2 dalam 1, menggabungkan elemen hiburan dan perkakasan produktiviti tanpa perlu membawa dua gajet berbeza.

“Produk baharu kami yang lebih nipis dan ringan, boleh mengisi keperluan itu,” kata Khoo. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori