• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dibayar $ 18,000 Untuk Baring Selama Tiga Bulan

oleh Ahmad Albab
11/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sangka, seorang lelaki yang baru kehilangan kerja pada Ogos lalu, mendapat ‘durian runtuh’ apabila ditawarkan untuk berbaring selama tiga bulan oleh NASA dan sebagai upah, dia akan menerima bayaran sebanyak $ 18,000 (RM 60,000).

Tawaran tersebut diterima Andrew Iwanicki, sehari selepas dia kehilangan kerjanya. Dalam prosedur kajian terbaru agensi tersebut, Iwanicki perlu berbaring di atas satu katil di makmal yang terletak di Houston, Texas.

“Saya perlu berbaring selama 70 hari untuk membolehkan pakar mengkaji saya. Setakat ini, saya sudah menghabiskan masa tiga minggu di atas katil dan masih berbaki 7 minggu di sini.”

Nasa-bed-test2

Menurut Andrew, kajian yang sudah berlangsung selama tiga tahun itu bertujuan untuk mengkaji struktur tulang dan otot. 54 individu telah melalui prosedur tersebut, dan Andrew merupakan subjek kajian terakhir.

“Saya telah memohon untuk menyertai kajian ini setahun lalu, namun tidak berharap untuk  dipilih dari 25,000 pemohon, malah saya juga terlalu sibuk untuk menjalani prosedur selama 15 minggu.”

Namun, kerana ketiadaan kerja dan tidak melakukan apa-apa, maka dia terus bersetuju ketika ditawarkan.

Nasa-bed-test31

Andrew juga tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang hanya memerlukannya berbaring.

“Saya memiliki jadual tugas yang sangat sibuk ketika bekerja dahulu, jadi tugas ini mudah buat saya kerana hanya perlu mengikut arahan dan mempunyai banyak masa terluang.”

Nasa-bed-test4

 

Namun, pada permulaan prosedur, Andrew berhadapan sedikit kesukaran. Ketika di awal proses, dia menghadapi sakit di bahagian kepala, leher dan belakang. Dia juga mengalami kesukaran untuk tidur.

Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa menerima kenyataan bahawa dia perlu membuang air besar menggunakan plastik khas, di atas katilnya tanpa boleh bangun.

“Saya perlu menerima kenyataan yang tandas terbaru saya juga merupakan ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur.”

Kini, Andrew mula menerima cara hidup terbarunya untuk sekurang-kurangnya beberapa minggu lagi. Bagi menghilangkan bosan, dia menghiburkan dirinya dengan menonton televisyen dan membaca komik. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

Tags: Amerika SyarikatNASA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ye Ke Rogol.. Lelaki Dakwa Wanita Paksa Seks Secara Ganas

Next Post

Mahkamah India Izin Wanita Mekap Artis Bollywood

Related Posts

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

22/06/2025
0

BAITULMUQADDIS – Israel berdepan serangan peluru berpandu pada Ahad ketika Iran menegaskan bahawa semua pilihan kini terbuka untuk mempertahankan kedaulatannya,...

Next Post

Mahkamah India Izin Wanita Mekap Artis Bollywood

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd