• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kutipan Zakat 2013 Cecah RM2.2 Bilion – Jamil Khir

oleh Ahmad Albab
17/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kutipan keseluruhan zakat bagi 2013 mencecah RM2.2 bilion, meningkat daripada tahun sebelumnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun, katanya, jumlah itu masih sedikit berbanding nisbah pembayar yang layak dan ia tidak mencukupi bagi menampung jumlah penerima zakat yang juga meningkat.

“Walaupun jumlahnya nampak agak besar, jumlah penerima lagi besar daripada peruntukan sedia ada.

“Lebih-lebih lagi jumlah penerima asnaf di bawah kategori fakir dan miskin, belum dicampur lagi kategori fisabilillah (termasuk mereka yang mengajar agama seperti imam) dan mualaf,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Bulan Zakat Kebangsaan (BZK) 2014 di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan data yang dijumlahkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) pada 2012, kutipan zakat kesemua 14 negeri ialah sebanyak RM1.9 bilion.

Justeru, Jamil Khir berkata Majlis Agama Islam Negeri perlu melaksanakan pendekatan inovatif serta memainkan peranan lebih proaktif untuk menyemarakkan lagi pengurusan zakat.

“Tidak boleh tunggu semata-mata, kena pergi jumpa, bertemu dan minta mereka yang berkenaan memberi perhatian tentang pembayaran zakat,” katanya.

Terdahulu ketika berucap, Jamil Khir berkata bank data penerima zakat setiap negeri juga perlu sentiasa dikemas kini agar pengurusan zakat lebih mudah dijalankan.

Pada majlis berkenaan, Jamil Khir turut menyampaikan Anugerah Ikon Asnaf Kebangsaan 2014 kepada lima penerima bagi setiap kategori.

Pemenang Kategori Akademik ialah Pensyarah Kanan Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Hasanulddin Mohd; pemilik Restoran Nasi Ayam Hainan BP, Mohd Sharif Foo Abdullah (Usahawan); pemilik syarikat Azmi Rehabilitation Tools, Azmi Zain (Usahawan Khas); Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (Syarikat Sdn Bhd) dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Inovasi Zakat Terbaik).

Program tahunan yang kali ini bertemakan “Transformasi Baitulmal: Zakat Diperkasa Ummah Sejahtera” itu, antara lain bertujuan menyebar luas informasi berkaitan amalan berzakat dan mengenal pasti potensi serta cabaran semasa bagi pentadbiran zakat negara. – BERNAMA

Tags: Jamil KhirZakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd