• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan P.Pinang Perlu Cekap Cekap Urus Sumber Untuk Jana Hasil

oleh Ahmad Albab
25/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang disaran lebih cekap menguruskan sumber termasuk melaksanakan langkah pemutihan dengan melesenkan kilang-kilang haram yang terdapat di kawasan Pulau dan seberang Perai untuk menjana hasil tambahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata dengan pelaksanaan langkah itu kerajaan negeri tidak perlu menaikkan kadar cukai taksiran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang akan membebankan rakyat.

Beliau berkata langkah yang sewajarnya dilakukan kerajaan negeri ialah mencari jalan untuk meningkatkan kecekapan MPPP dan MPSP yang gagal mengutip tunggakan cukai taksiran bernilai RM76.3 juta.

“Keputusan menaikkan cukai taksiran bagaikan memaksa pembayar cukai menampung tunggakan besar untuk mereka yang tidak membayar. Adakah ini layanan yang adil terhadap rakyat Pulau Pinang yang membayar cukai taksiran?.

“Kenaikan kadar cukai taksiran yang diumumkan semalam dengan alasan peningkatan kos mengurus pepejal oleh kedua-dua PBT menunjukkan kelemahan kerajaan negeri dalam pengurusan sumber,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini, bagi mengulas kenaikkan kadar cukai taksiran MPPP dan MPSP bermula 1 Jan 2015.

Selain akan membebankan rakyat, kenaikan cukai taksiran itu katanya bercanggah dengan kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam Buletin Mutiara pada 9 Jan 2014 yang melaporkan kerajaan negeri akan mengabaikan syor kerajaan pusat untuk menaikkan kadar cukai taksiran dengan alasan tidak mahu membebankan rakyat, katanya.

“Kenaikan cukai taksiran bukan sahaja tidak dapat selesaikan masalah tunggakan, malah masalah tersebut dijangka menjadi lebih teruk kerana tidak nampak sebarang usaha gigih untuk menangani punca masalah tunggakan tersebut.

“Rakyat Pulau Pinang berhak mengetahui kenapa tunggakan sebanyak RM76.3 juta tidak dapat dikutip. Adakah kedua-dua PBT takut untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang enggan membayar cukai taksiran?,” katanya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow mengumumkan kenaikan kadar cukai taksiran untuk kedua-dua PBT bermula tahun hadapan.

Chow berkata kerajaan negeri sebelum ini telah beberapa kali menangguhkan cadangan untuk menyemak semula senarai nilaian walaupun dibenarkan dalam peruntukan undang-undang setelah mengambil kira kepentingan rakyat.

Dalam sidang media semalam Chow berkata, kedua-dua PBT itu tidak menaikkan kadar cukai taksiran sejak 2005 walaupun ia perlu dikaji setiap lima tahun dan sejak 2009, MPPP dan MPSP memohon membuat penilaian bagi menaikkan kadar cukai tetapi ditolak.

Katanya dengan peningkatan itu, MPPP dapat menambah pendapatan 20.46 juta pada tahun hadapan dengan kutipan RM180.9 juta berbanding R160.438 tahun ini manakala kutipan MPSP pula meningkat kepada RM158.2 juta berbanding RM137.7 juta tahun ini, iaitu peningkatan RM20.49 juta. – BERNAMA

Tags: Pulau Pinang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sektor Awam Perlu Transformasi Untuk Hadapi Cabaran

Next Post

Jakim, IPTA Bekerjasama Perjelas Persoalan Akidah

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Pulau Pinang Sambut Baik Pelaksanaan Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua

Pulau Pinang Sambut Baik Pelaksanaan Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua

18/10/2024
0

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang menyambut baik pengumuman pelaksanaan projek Lebuhraya Bertingkat Juru dan Sungai Dua yang dibentangkan dalam...

Next Post

Jakim, IPTA Bekerjasama Perjelas Persoalan Akidah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd