• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kim Kardashian Perancis Ditahan Atas Cubaan Bunuh Kekasih

oleh Ahmad Albab
09/11/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Seorang model glamour yang digelar Kim Kardashian Perancis, Nabilla Benattia,  telah ditahan atas tuduhan cuba membunuh teman lelakinya yang juga bintang realiti TV, Thomas Vergara susulan satu pergaduhan antara mereka.

Benattia  ditahan polis selepas Vergara ditemui dengan kesan tikaman di bahagian leher dan dada.

Dia dikatakan berada dalam keadaan serius di Hospital Georges Pompidou dan dalam masa sama, Benattia juga dilaporkan berada dalam keadaan terkejut.

Model berkenaan pada asalnya ditahan atas dakwaan melakukan serangan namun selepas pendakwaraya melihat keadaan luka pada Vergara maka tuduhan itu ditukar kepada cubaan membunuh.

Menurut polis, pihaknya dipanggil ke sebuah bilik hotel pada 2.30 pagi selepas mendapat laporan daripada staf hotel tersebut mengenai satu pergaduhan.

Benattia sebelum itu dikatakan menghubungi hotel memaklumkan dia dan teman lelakinya diserang oleh tiga lelaki di luar hotel mereka.

Namun siasatan terhadap rakaman CCTV di situ tidak menunjukkan kejadian serangan itu dan Vergara juga tidak dirakamkan mengalami kecederaan di luar hotel.

Pisau yang digunakan untuk menikam Vergara dilaporkan telah dibersihkan dan dilempar keluar dari bilik hotel.

Meskipun Vergara memaklumkan kepada polis bahawa dia tidak mahu mengenakan apa-apa tuduhan ke atas Benattia, namun Vergara akan tetap dipanggil untuk memberikan keterangan terhadap kekasihnya itu.

Dalam pada itu, Benattia, yang menafikan tuduhan berkenaan boleh ditahan hingga 48 jam.

Pasangan itu mencipta nama di Perancis selepas kedua-duanya muncul dalam rancangan ‘The Reality TV Angels’.

Tags: selebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Pasangan Artis Dicekup Berkhalwat?

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

09/03/2024
0

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd