• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Campur Tangan Bila Minyak Naik

oleh Ahmad Albab
24/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan campur tangan jika harga minyak mentah dunia naik terlalu tinggi bagi mengurangkan kesan terhadap petrol RON95 dan diesel.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata, bagaimanapun, mekanisme campur tangan itu belum dimuktamadkan dan proses penilaian yang dilaksana oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan masih berlangsung.

“Langkah kerajaan membiarkan kuasa pasaran menentukan harga bahan api menerusi kaedah pengapungan terkawal bertujuan membolehkan pengguna menikmati trend penurunan harga minyak global sekarang.

“Mekanisme pengapungan terkawal itu yang akan dikuat kuasa 1 Disember ini diumum Jumaat lepas, menggantikan pelan awal kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar mengikut pendapatan,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pasaran Modal Malaysia Ke-19, di sini hari ini.

Katanya, dengan harga minyak semasa yang rendah, jika tidak diumumkan pengapungan bermakna kerajaan harus mengenakan cukai terhadap petrol. Ini bukan yang mahu kita capai.

Sebagai perbandingan, Chua berkata Indonesia mengenakan harga RM2.35 seliter bagi petrol bergred rendah RON88 manakala premium RON92 dan RON95 masing-masing pada RM2.70 dan RM3.20 seliter, iaitu jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia, disebabkan cukai.

Beliau percaya harga minyak dunia tidak akan meningkat dalam masa terdekat, selain kenyataan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum juga tidak membayangkan pengurangan eksport.

“Bagaimanapun, kami akan terus memantau perkembangan bagi memastikan pengapungan harga bahan api tidak menjadi beban tambahan kepada rakyat. Kerajaan juga memperuntuk bajet subsidi sekitar RM37 bilion tahun depan.

“Jika ada trend kenaikan harga minyak, kerajaan akan meneliti mekanisme lain, sama ada menerusi subsidi atau bantuan, bagi memastikan rakyat tidak terjejas teruk,” kata Chua.

Beliau berkata kejatuhan harga minyak dunia turut menyumbang kepada penjimatan antara RM10 bilion dan RM20 bilion setahun dari segi subsidi memandangkan setiap bulan RM2 bilion dibelanjakan untuk tujuan itu. – BERNAMA

Tags: Kerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd