• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kem. Pendidikan Lancar Kluster Perkhidmatan Kewangan

oleh Ahmad Albab
06/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan hari ini melancarkan Kluster Perkhidmatan Kewangan, kluster ke-10 yang ditubuhkan di bawah Program Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan berkata ICoE merupakan program ‘signature’ kementerian yang menjadi model kepada kejayaan hubungan kerjasama antara universiti dan industri.

Katanya program ICoE itu disokong syarikat peneraju yang dikenal pasti dan komited dalam sesebuah industri dan digerakkan oleh universiti peneraju dari kalangan institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Bagi Kluster Perkhidmatan Kewangan, ia diterajui Universiti Utara Malaysia dan disokong enam syarikat peneraju iaitu Deloitte Malaysia, Bank Simpanan Nasional, PricewaterhouseCoopers, OCBC Bank (Malaysia) Bhd, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan AmBank Group.

“Universiti peneraju memainkan peranan penting sebagai pembekal graduan yang akan menjalani latihan dan seterusnya bekerja dengan pihak industri yang terpilih,” katanya pada Majlis Pelancaran Kluster Kewangan dan Persidangan Tahunan ICoE di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Sektor IPTA) Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir.

Siti Hamisah dalam pada itu berkata program ICoE dibentuk sedemikian rupa bagi melahirkan graduan yang memenuhi nilai tambah yang tinggi dan seterusnya menjadi aset yang boleh memenuhi keperluan industri.

Sebanyak 10 Kluster ICoE ditubuhkan sehingga kini iaitu Pemborongan dan Peruncitan, Automotif, Elektrik dan Elektronik, Minyak dan Gas, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bioteknologi, Pembinaan, Hospitaliti dan Pelancongan, Penjagaan Kesihatan dan terbaharu Perkhidmatan Kewangan.

Sebanyak 55,256 orang pelajar dan 2,725 pensyarah disasarkan untuk mengikuti Program ICoE sehingga tahun ini.

Setakat September tahun ini, sebanya 37,120 pelajar dan 1,748 pensyarah dilatih dalam pelbagai kluster ICoE yang ditubuhkan sejak 2012.

Sebanyak 88.7 peratus daripada 3,117 pelajar tahun akhir yang dilatih telah mendapat pekerjaan pada tahun lepas dengan sokongan 120 buah syarikat daripada pelbagai sektor. – BERNAMA

Tags: P.KamalanathanPendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Lawat SJKT Taman Tun Aminah, Pastikan Pendidikan Untuk Setiap Anak Johor

Onn Hafiz Lawat SJKT Taman Tun Aminah, Pastikan Pendidikan Untuk Setiap Anak Johor

22/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sekali lagi membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat...

“Kadang-Kadang Yang Bersyukur Seperti Sing Phing Dilabelkan Pengkhianat”

“Kadang-Kadang Yang Bersyukur Seperti Sing Phing Dilabelkan Pengkhianat”

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekilas pandang di merata dunia, yang berketurunan Cina jarang dapat berpendidikan dalam Bahasa Mandarin melainkan di China....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd