• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Remaja Rempuh Wanita, Hadir Mohon Maaf

oleh AK-47
12/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Keluarga remaja tingkatan empat yang merempuh seorang wanita dalam kemalangan maut di Jalan Pasit Panjang, Kuala Terengganu kelmarin hadir memohon maaf kepada keluarga mangsa sehari selepas tragedi itu berlaku.

Bapa pelajar berkenaan, Ahmad Azidy Abd Malek, 45, menzahirkan simpati mereka keluarga wanita berkenaan Allahyarham Dayang Che Abd Kadir, 51, yang terkorban dalam nahas berkenaan, memetik laporan Sinar Harian.

Dayang Che ketika kejadian, menolak anaknya yang berusia 12 tahun Mohamad Izzuddin Nazmi Ibrahim ke tepi jalan dan membiarkan dirinya dirempuh motosikal yang ditunggang oleh Ahmad Nabil Syazwan, 16.

BACA – GAMBAR : Ibu Terkorban Nyawa Demi Selamatkan Anaknya

“Saya datang untuk minta maaf di atas apa yang terjadi, lagipun perkara ini berlaku tanpa diduga dan tiada siapa minta ia berlaku, apatah lagi sehingga menyebabkan kematian. Baru hari ini (semalam) saya sempat datang ke sini kerana sibuk uruskan soal anak.

“Saya sendiri terkejut apabila diberitahu mangsa yang dirempuh Nabil meninggal dunia. Saya tahu pun melalui rakan-rakan yang datang ziarah anak saya di Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lorong Surau Baru, Kampung Pasir Panjang semalam.

Ahmad Azidy berkata, anaknya Nabil turut cedera dalam kemalangan itu di bahagian geraham dan patah ibu jari kaki kanan.

“Alhamdulillah pada hari kejadian, doktor selesai membuat pembedahan di bahagian gerahamnya dan hari ini (semalam) baru sahaja selesai meletakkan simen pada jari kaki kanannya yang patah.

“Hari ini juga doktor sedang dalam proses membuat imbasan pada bahagian kepala serta seluruh tubuh badannya untuk pastikan tiada kecederaan dalaman,” katanya.

Nabil yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bariah diberitahu bapanya berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital.

Bagi Mohamad Izzuddin pula, kesedihan melihat ibu senditi rebah dan meninggal dunia dalam kejadian itu masih menjadi trauma bagi dirinya.

“Dia belum makan apa-apa sejak semalam (kelmarin) dan masih tidak bercakap mengenai kejadian itu,” kata bapa Mohamad Izzuddin.

Ibrahim Muda, 55, berkata, Izzuddin masih terkejut kerana ketika kejadian Izzuddin dan ibunya sedang berpegangan tangan untuk menghantarnya ke sekolah.

Semalam, Mohamad Izzuddin menerima kunjungan Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu Datuk Mohd Sabri Alwi dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang Ros Haya Aziz untuk meninjau keadaannya.

Menurut Ros Haya, pihak sekolah akan memantau perkembangan Izzuddin kerana dia seorang pelajar yang berpotensi di dalam akademik dan tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepadanya akibat kemurungan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Tags: kemalangan mautmohon maaf
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemuda PAS Mahu Kutip Derma Untuk Fahmi

Next Post

Pemuda PAS Perak Minta Pafa Ambil Pemain Import Berkualiti

Related Posts

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara, Mahkamah

Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara, Mahkamah

30/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Blogger, Papagomo atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris, hari ini mengemukakan permohonan maaf tanpa bersyarat kepada...

Next Post

Pemuda PAS Perak Minta Pafa Ambil Pemain Import Berkualiti

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd