• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga MH370 Tidak Setuju Isytihar Pesawat Hilang

oleh AK-47
11/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tiada siapa mampu menolak tragedi kehilangan pesawat MH370 adalah sesuatu yang amat misteri kerana hingga kini pesawat tersebut hilang tanpa khabar berita.

Usaha menjejak pesawat tersebut dilihat semakin hampa. Selepas berbulan-bulan lamanya misi pencarian dijalankan masih tiada sebarang penemuan boleh dikaitkan dengan pesawat milik Malaysian Airlines (MAS)  ini.

Rentetan itu, laporan bertajuk  “MH370 to be declared lost by year end”  mengundang reaksi tidak puas hati khususnya pada keluarga penumpang MH370 yang masih menaruh harapan kepulangan ahli keluarga masing-masing meskipun dalam apa jua keadaan.

Memetik petikan The Malaysian Insider, Pengarah Komersial MAS, Hugh Dunleavy membuat spekulasi kemelut insiden tersebut akan berakhir hujung tahun ini selepas 8 bulan misi pencarian berjalan.

Bagaimana pun, keluarga penumpang MH370 yang menggelarkan mereka sebagai Voice370 tertanya-tanya dan kebingungan mendengar kenyataan akhbar dari Dunleavy tersebut.

“Kami mempersoalkan siapa yang bertanggung jawab? Siapa yang membuat keputusan?” kata Voice370 dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka berkata, kenyataan itu bertentangan dengan jaminan diberikan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di mana usaha pencarian tetap akan diteruskan.

“Mereka juga memberi jaminan kepada kami semua usaha akan digunakan sepenuhnya sebelum pencarian tersebut ditamatkan,” kata Voice370.

Untuk maklumat, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) juga baru-baru ini telah menandatangani kontrak bernilai jutaan dolar untuk meneruskan pencarian di busar selatan Lautan Hindi. Setakat ini, kawasan pencarian hanya sebahagian kecil (3,000 km persegi).

“Mengambil kira pandangan ini, kami keluarga terdekat mahu JACC/ATSB/kerajaan Australia dan Malaysia mengesahkan kenyataan dibuat Dunleavy ini benar dan tepat di sebalik keputusan kedua-dua kerajaan serta mengesahkan sama ada beliau mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian,” kata Voice370.

keluarga_mh370

Perkara sebegini merunsingkan ahli keluarga penumpang MH370 sama ada misi pencarian tersebut bakal diteruskan ataupun tidak.

Pada masa sama,  Voice370 turut mempersoalkan tindakan MAS mengambil tanggungjawab untuk mengira pampasan yang perlu dibayar, kerana secara logiknya ia patut dilakukan syarikat insurans terbabit.

“Kami juga meragui adakah syarikat insurans campur tangan dalam agenda untuk memaksa mengisytihar  pencarian ini berakhir,” katanya.

Sebagai maklumat imbasan, pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal telah hilang dari radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)  pada 8 Mac lalu.

553a4e6cb8c2d5c022f578accb8c0c75

Manakala, 24 Mac lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan MH370 dipercayai telah berakhir di selatan Lautan Hindi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

Tags: MASMH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd