KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengumumkan jawatankuasa disiplin persatuan itu akan dipengerusikan oleh seorang peguam profesional dari sebuah firma guaman bebas.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa turut memaklumkan, kerusi pengerusi jawatankuasa integriti KAFA pula akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Sekurang-kurangnya dua pengerusi jawatankuasa KAFA tidak dilantik dalam kalangan Exco KAFA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Annuar berkata, langkah tersebut diambil kerana KAFA mahu meletakkan aspek disiplin dan integriti persatuan bola sepak pada tahap terbaik dan bebas.