• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurulatih Dan Kapten Skuad Tok Gajah Kekal Musim Depan

oleh Ahmad Albab
04/11/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mengesahkan jurulatih Zainal Abidin Hassan dan kapten Mohd Razman Roslan akan kekal bersama pasukan Tok Gajah, pada musim depan.

Presidennya Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata setakat ini beliau belum menerima berita yang mengatakan mereka mendapat tawaran atau berpindah ke pasukan lain.

“Saya juga akan mengadakan berbincang dengan pegawai-pegawai PBNP mengenai status pemain, termasuk meneliti semula kontrak mereka yang mungkin akan tamat tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan kejayaan pasukan itu mempertahankan Piala Malaysia 2014 di Stadium Darul Makmur di sini hari ini.

Tengku Abdul Rahman juga percaya sebahagian besar pemain skuad Piala Malaysia Pahang yang menjadi tonggak utama akan kekal bersama Tok Gajah.

Bagaimanapun beliau memberi kebebasan kepada pemain untuk membuat keputusan sama ada untuk kekal atau berpindah kepada pasukan lain jika mereka mendapat peluang yang lebih baik.

Mengulas mengenai masa depan penyerang import, Dickson Nwakaeme, beliau berkata, pemain itu melahirkan hasrat untuk bermain di Eropah dan memaklumkan akan menjalani ujian bersama sebuah kelab di Perancis.

“Andai gagal di sana, dia boleh kembali kepada Pahang pada tahun hadapan kerana kita sentiasa terbuka menerimanya untuk bermain di dalam skuad Tok Gajah,” katanya.

Mengenai pemain baharu yang akan dibawa ke dalam skuad Tok Gajah, Tengku Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan bahawa Pahang perlu membeli beberapa pemain yang berkualiti sebagai persiapan tahun hadapan, terutama untuk beraksi dalam Piala AFC.

“Jika saya diberi peluang, saya akan pilih pemain Kedah, Badrol Bakhtiar untuk bermain dengan Pahang tetapi mestilah dibuat melalui saluran yang betul kerana saya tak mahu ambil pemain yang masih terikat dengan kontrak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Skuad Tok Gajah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MIMOS: Rekaan Jam Pintar Pertama Buatan Tempatan

Next Post

SPR Sebuah Badan Bebas Dan Berani – Shahidan

Related Posts

Taktikal Dollah Penentu Barisan Tok Gajah

21/11/2018
0

KUANTAN - Taktikal ketua jurulatih, Dollah Salleh bakal menentukan barisan pemain yang akan memperkasakan skuad Pahang bagi mengharungi saingan Liga...

Tok Gajah Mahu Ungguli Kumpulan D Piala Malaysia

17/08/2018
0

KUANTAN - Semangat juang skuad Pahang kian membara untuk merebut slot teratas Kumpulan D saingan Piala Malaysia apabila turun menentang...

Next Post

SPR Sebuah Badan Bebas Dan Berani - Shahidan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd