• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Teluk Intan Meningkat Kepada 325 Orang

oleh Ahmad Albab
27/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong dekat Teluk Intan di sini, meningkat kepada 325 orang pada 8 pagi ini berbanding 310 malam tadi.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Hilir Perak, Mohd Fazly Mohamad Zawawi, berkata kesemua mangsa adalah daripada 97 keluarga terdiri daripada 78 dewasa lelaki, dewasa perempuan (103), kanak-kanak lelaki (71), kanak-kanak perempuan (57), bayi lelaki (12) dan bayi perempuan (empat).

“Cuaca di sini tidak hujan dan paras air banjir mencecah 3.44 meter. Pemantauan keadaan banjir di kawasan terjejas masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Penduduk yang terjejas adalah daripada empat kawasan penempatan iaitu di Lorong Mesra di Batu 7; Lorong Kedah di Batu 8; Lorong di Batu 11 dan Kampung Batu 9, katanya.

Kejadian banjir yang berlaku malam tadi merupakan yang kedua melanda kawasan Changkat Jong dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan air melimpah ke kawasan penempatan.

Pada 14 November lepas, 56 orang daripada 16 keluarga yang mendiami Lorong Mesra dipindahkan ekoran banjir yang melanda kawasan Changkat Jong selepas berlakunya limpahan air Sungai Bidor susulan hujan lebat.

Bagaimanapun, kesemua mereka dibenarkan kembali ke rumah masing-masing empat hari kemudian sebelum banjir kedua melanda semula kali ini. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perhimpunan Agung Tiga Sayap Umno Berlangsung Hari Ini

Next Post

24 Maut Dalam Kebakaran Lombong Arang Batu Di China

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

24 Maut Dalam Kebakaran Lombong Arang Batu Di China

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd