• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Ford Meningkat 2% Kepada 1,209 Unit Pada Oktober

oleh Ahmad Albab
11/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jualan Ford pada Oktober meningkat dua peratus berbanding bulan sebelum ini kepada 1,209 unit, didorong oleh sambutan berterusan untuk model-model Ranger, EcoSport, Kuga dan Fiesta.

Pengarah Urusan Pasaran Pesat Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Co, David Westerman, berkata jualan tahun ini setakat ini meningkat 28 peratus kepada 11,426 unit dan meletakkan syarikat itu ke arah mencatat jualan tertingginya di Malaysia.

“Kami sangat gembira untuk meneruskan rancangan pertumbuhan di Malaysia, dengan setiap model Ford antarabangsa yang kami perkenalkan memberi pelanggan lebih banyak pilihan,” katanya.

Ford juga meneruskan perkembangannya di bilik pameran Malaysia pada Oktober dengan pengenalan Fiesta GT baharu dengan enjin 1.6L EcoBoost, katanya.

“Fiesta ST yang tiba lewat bulan ini, akan menambahkan lagi lonjakan prestasi tinggi dan dinamik kepada barisan model-model Ford di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ford
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ford Panggil Semula 2 Juta Trak Pikap

07/09/2018
0

WASHINGTON - Ford Motor Co (Ford) memanggil semula kira-kira dua juta trak pikap di Amerika Utara, susulan masalah tali pinggang...

Iklan Pro-Feminisme Ford Rai Wanita Arab Saudi

02/10/2017
0

SEJAK berita pembenaran wanita Saudi untuk memandu kereta mencetuskan sensasi oleh media di seluruh dunia, pelbagai reaksi masyarakat dapat diperhatikan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd