• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jet Pejuang Termahal AS Berjaya Ujian Mendarat

oleh Ahmad Albab
04/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Jet pejuang Amerika, F-35 mengadakan pendaratan pertama di kapal induk hari ini dengan pegawai menyifatkan ia satu lembaran baru dalam penghasilan pesawat perang berteknologi tinggi.

F-35 Joint Strike Fighter dihasilkan menerusi program persenjataan paling mahal dalam sejarah Amerika dengan diselubungi pelbagai masalah teknikal dan peningkatan kos, namun Pentagon menganggap kejayaannya mendarat di laut sebagai satu titik-tolak paling diperlukan.

Penerbangan ujian oleh Joint Strike Fighter itu berjaya mendarat di kapal induk USS Nimitz di perairan San Diego, dengan juruterbang berjaya mengawal dan mendaratkan pesawat dengan selamat menggunakan sistem penarik ekor, demikian menurut Tentera Laut AS dalam satu kenyataan.

Pesawat berkenaan mempunyai varian – model biasa, model kedua dengan pendaratan pendek dan pelepasan vertikal atau menegak, manakala model ketiga iaitu F-35C yang direka khas untuk kegunaan dari kapal induk.

“Hari ini adalah petanda kejayaan pembangunan F-35C,” kata juruterbang ujiannya, Komander Tony Wilson.

Ujian penerbangan di laut itu akan berlanjutan kira-kira dua minggu dan Tentera Laut AS berharap pesawat boleh dihantar ke kapal induk perangnya menjelang 2018.

“Kami yakin menerusi program ujian ini banyak yang boleh dipelajari lagi bagi memastikan pesawat F-35 lebih berkesan sebagai salah satu platform persenjataan,” kata ” Lt Jeneral Chris Bogdan, ketua program F-35 dalam satu kenyataan.

Pentagon bercadang membelanjakan AS$391.2 bilion untuk pembangunan 2,443 unit pesawat F-35 yang dikeluarkan oleh firma pertahanan gergasi, Lockheed Martin.

Pesawat berkenaan akan menjadi tulang belakang kepada kekuatan ketenteraan untuk masa depan Amerika bagi memastikan dominasi tentera AS di ruang angkasa dengan dibantu oleh teknologi radar.

Namun program itu berdepan pelbagai masalah dengan yang terbaru Jun lalu apabila enjinnya terbakar secara misteri dan insiden itu membawa kepada pembatalan F-35 muncul dalam pertunjukan udara berprestij Farnborough di Britain. – AFP

Tags: Amerika Syarikatjet pejuang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi kemungkinan ketidaktentuan global susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd