• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Pertikai Lagi Hak Melayu, Raja Dan Agama Islam

oleh AK-47
01/12/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Perhimpunan Agung Umno 2014, berakhir dengan mesej tegas dan lantang Presiden Umno bahawa hak keistimewaan orang Melayu, Raja dan agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan negara, tidak boleh dipertikaikan lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seluruh rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah mengenai perkara berkenaan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada usaha memajukan negara.

“Kebebasan pun ada had. Kebebasan bukan mutlak. Tak boleh hina agama Islam, tak boleh cabar hak istimewa Melayu, tak boleh persoal sistem Raja-Raja Melayu, askar Melayu dan kita jaga kepentingan kaum lain.

“Jadi, amanlah kita. Asyik berbalah memanjang…kerja lain tak jadi. Saya nak kita memberi fokus bahawa kita majukan negara Malaysia tercinta ini. Kita nak bawa Malaysia ke depan. (Bukan) asyik berbalah saja,” katanya dalam ucapan penggulungan perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Ketegasan Perdana Menteri itu disambut sorakan dan tepukan gemuruh lebih 2,700 perwakilan yang berada di Dewan Merdeka, malahan mereka yang mengikuti ucapan itu di luar dewan.

Najib berkata atas rasa tanggungjawab bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian negara serta menangani tindakan pihak tertentu yang mempertikaikan perlembagaan negara, maka Akta Hasutan 1948 dikekalkan.

“Orang kata Akta Hasutan tak demokratik, akhbar antarabangsa serang saya. (Tuduh) saya mungkir janji, guna kekerasan.

“Saya nak beritahu, tanggungjawab saya sebagai perdana menteri jaga keamanan dan keselamatan dalam negara kita,” kata Najib, yang mengumumkan pengekalan Akta Hasutan 1948 semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Khamis.

Menyorot kembali bagaimana Malaysia mencapai kemerdekaan, mengecapi keamanan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama, beliau menekankan bahawa konsep solidariti adalah asas kejayaan itu.

Najib turut menjelaskan bahawa solidariti yang beliau tegaskan semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden dan telah menjadi antara topik perbahasan Perhimpunan Agung Umno kali ini bermaksud: ‘bersatu dalam satu angkatan yang kukuh dan padu’.

Sambil menunjukkan salinan akhbar terbitan 1 Sept 1957, Najib berpendapat kata-kata Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman: “Look at the past with gratitude, look to the future with confidence” (Lihat masa lalu dengan rasa terhutang budi, lihat kepada masa depan dengan keyakinan), masih relevan diguna pakai pada hari ini.

Kata Najib, keyakinan itu sebenarnya dibentuk hasil daripada perjuangan parti keramat Umno sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri turut menarik perhatian perwakilan akan peri pentingnya Umno dan Barisan Nasional (BN) terus meraih sokongan kaum lain.

Katanya, tidak mungkin pemimpin negara terdahulu menubuhkan Parti Perikatan yang mewakili tiga kaum terbesar di negara ini, yang seterusnya dijenamakan
semula sebagai BN, jika ia tidak memberi faedah kepada orang Melayu.

“Sebab itulah penting bagi kita jaga BN, tapi tidaklah sampai mengorbankan prinsip-prinsip yang dekat di hati orang Melayu.

“Orang kata Melayu adil, tegas, kontrak sosial dan sebagainya itu kenapa? Sebab kita bukan hanya nak tengok soal pilihan raya, tapi nak bina sebuah negara Malaysia, negara bangsa yang berjaya,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut menempelak pakatan pembangkang yang disifatkan sebagai ibu segala rasuah kerana cuba menawarkan sejumlah wang yang besar kepada seorang pemimpin Umno untuk membawa Anggota Parlimen BN menyertai pembangkang pada 2008.

Perdana Menteri turut menyelar amalan nepotisme pihak pembangkang yang ‘mengorbankan’ anggotanya yang tidak bersalah semata-mata untuk memberi laluan kepada orang lain untuk memegang jawatan.

“(Pembangkang) boleh pula suruh wakil rakyat (mereka) letak jawatan (sebab) isteri nak bertanding. Suruh menteri besar (MB) yang tak ada kesalahan letak jawatan sebab isteri nak jadi MB.
    
“Inilah nepotisme terbesar. Kenapa kita tak persalahkan dia. Seranglah pembangkang,” tegasnya.

Menyentuh isu peremajaan yang hangat dibahaskan perwakilan pada perhimpunan agung tahun ini, Najib mengingatkan 3.47 juta anggota parti itu bahawa Umno perlu menyusun strategi terbaiknya dalam merealisasikan agenda pengkaderan parti.

Menyedari ‘kedinginan’ antara segelintir pemimpin lama dan baharu yang wujud sejak dahulu, beliau sekali lagi menegaskan kepentingan seluruh generasi dalam Umno bekerjasama dalam satu haluan.

“Kalau kita dok kerling belakang kita dan rasa ada orang nak serang kita, sampai bila pun tak akan wujud solidariti. Tapi, dalam masa itu, mana yang patut..(kita) berilah peluang,” kata Najib.

Bagaimanapun, katanya, peluang itu hanya akan diberikan kepada orang muda yang benar-benar layak dan menepati ciri-ciri Jil Umno yang telah digariskan.

Najib berkata apa yang penting adalah setiap anggota parti itu perlu meremajakan semula roh perjuangan Umno dalam diri masing-masing. — BERNAMA

Tags: PAU14UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd