Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Kes Rogol Bekas EXCO...

PUTRAJAYA - Perbicaraan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia yang dihadapi bekas EXCO...

Heliza Helmi Ajak Stacy...

BANGSAR - Penyanyi dan pengacara Heliza Helmi menyatakan perasaan terujanya dengan perkhabaran rakan...

Pelaksanaan Gaji Minimum Tak...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan dasar gaji minima mulai 1 Julai ini tidak akan...

Kerajaan, PH Capai Kata...

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) sudah mencapai kata sepakat dengan Perdana Menteri,...

Ambil Tindakan Pencegahan Elak Kegiatan Militan IS

KUANTAN – Tindakan pencegahan yang lebih ketat perlu diambil oleh pihak pengurusan setiap institut pengajian tinggi (IPT) di negara ini bagi memastikan tiada anasir dalaman atau luaran yang mempengaruhi mahasiswa menyertai perjuangan kumpulan militan digelar IS di Iraq dan Syria.

Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Dr Rais Yatim berkata walaupun setakat ini tiada laporan yang mengatakan mahasiswa di negara ini terlibat dalam kegiatan militan namun pihak IPT perlu mengambil langkah berjaga-jaga agar tiada mahasiswa yang terpengaruh dan akhirnya menjadi militan.

“Pihak universiti perlu menapis setiap pihak dalaman atau luaran yang disyaki terlibat dalam kegiatan militan berkenaan masuk ke kampus.

“Universiti mempunyai peraturan sendiri…tidak harus terima sebarang orang untuk memberi syarahan, membuat kempen atau mengadakan perhimpunan secara besar-besaran.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan tiga kolej kediaman (mahallah) kepada pihak UIAM di Kampus Kuantan di sini hari ini.

“Setakat ini tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan mereka itu (militan) mewakili mahasiwa. Tetapi kita akan sentiasa berjaga-jaga sekiranya ada maklumat kita akan beritahu pihak berkuasa supaya mengambil tindakan,” kata Rais.


Turut hadir, Rektor UIAM, Datuk Seri Prof Dr Zaleha Kamaruddin dan Pengarah UIAM Kampus Kuantan, Datuk Prof Dr Tariq Abdul Razak.

Rais dalam pada itu menasihatkan agar mahasiswa Islam di negara ini terutama mahasiswa UIAM agar lebih maju dan cemerlang dalam bidang akademik dan tidak menjadikan IPT sebagai kancah politik.

“Pelajar Islam perlu hebat dalam perkara akademik dan diharap dengan adanya asrama ini dan kemudahan yan cantik tidak ada sebab untuk tidak cemerlang dalam pelajaran dan bakat masing-masing,” katanya.

Tiga mahallah berkenaan iaitu Khalid Alwalid, Fatimah Azzahra dan Ummi Khalthum dibina sejak April 2012 dan siap sepenuhnya pada Okt lepas membabitkan kos RM201.3 juta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori