Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Kes Rasuah RM2.8 Juta:...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen di sini akan menetapkan pada Selasa depan tarikh...

Kematian Akibat MERS Di...

SEOUL - Dua lagi penghidap virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) meninggal menjadikan...

Perkahwinan Putera William &...

Kisah percintaan pasangan diraja ini sentiasa mendapat perhatian media dan umum lagi-lagi selepas...

Tiga Bayi Lahir Di...

TAWAU – “Kelahiran bayi pertama ini merupakan permulaan terbaik 2018 serta terima kasih...

Internet Bukan Jadi Medium Memarakkan Ketegangan Kaum

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan bahawa internet tidak seharusnya dijadikan medium untuk memarakkan ketegangan kaum dan agama dalam negara pelbagai agama serta budaya seperti Malaysia.

Sambil menyuarakan kekecewaannya, beliau berkata, pada ketika tertentu, internet digunakan di sini (di Malaysia) untuk menyebarkan perkara separa benar, malah pembohongan sekalipun.

“Sebagai contoh, semasa pilihan raya umum lepas, begitu banyak dakwaan tanpa disokong bukti yang disebarkan dalam talian. Kononnya kerajaan merancang gangguan elektrik di pusat pengundian untuk menukar peti undi dan membawa masuk melalui penerbangan 40,000 pengundi dari seluruh negara untuk mengundi.

“Dakwa sebegini terbukti hanyalah pembohongan yang tidak berasas, malangnya dakwaan itu diterima bulat-bulat oleh banyak pihak, dan ini menjejaskan dengan teruk nama baik kami,” katanya.

Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa UMNO, bertemakan: ‘Dunia Kesalinghubungan Digital: Cabaran Dalam Pembinaan Negara’, yang diadakan bersempena Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori