Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

3 Maut, 20 Cedera...

MELBOURNE - Ibarat aksi filem Hollywood, tiga orang pejalan kaki terbunuh manakala sekurang-kurangnya...

Jamban Canggih Ada Ultra...

SINGAPURA - Permintaan bagi tempat tandas duduk serba canggih yang mempunyai fungsi-fungsi terkini...

Ramai Pegawai Akan Dihadap...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa...

Cukai Barang Bernilai Tinggi...

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi...

Ikan Kelah Ini Harganya RM550 Dan Beratnya Hanya 2kg

Ikan Kelah di dalam gambar di atas berharga RM550 dan seberat 2 kilogram menjadi hidangan buat wakil media yang berada di Terengganu sempena program Sahabat Media – Terengganu di lokasi penginapan hari kedua iaitu di Warisan Pahlawan Resort di Kuala Berang.

Selain ikan eksotik berkenaan, wartawan dijamu dengan makanan seperti daging dan ayam yang dimasak di dalam buluh termasuk lemang.

Menurut pemilik resort Tuan Mohd Anuar Tuan Ahmad, ikan berkenaan memang susah dicari dan hanya seekor berjaya dibeli daripada seorang penjual sebelum ketibaan wakil media.

20141105_203446 Makanan_1

Ikan yang sukar untuk diperolehi itu dibakar dan wartawan dari pelbagai agensi begitu berselera dan berebut-berebut mengambil ikan berkenaan yang habis dalam masa hanya beberapa seketika.

Selain makanan tradisi Kuala Berang, Persatuan Kebudayaan dan Muzik Melayu Nusantara Malaysia atau Kumpulan Dendang Anak turt memberikan persembahan warisan alam Melayu di resort berkenaan kepada wakil media.

Mereka turut memberikan hadiah berupa tanjak untuk wartawan lelaki manakalah selendang untuk wartawan wanita.


Persatuan Dendang Anak merupakan pasukan yang menggabungkan bunyi alat-alat muzik tradisional dan moden bagi melahirkan irama tradisional yang segar dan hidup untuk menarik khalayak tua dan muda.

Lagu-lagu yang dinyanyikan pada malam tadi bersifat tradisional dan banyak berkisar tentang sejarah dan perjuangan orang Melayu serta memasukkan elemen gerak tari tradisional terkawal.

Selain itu, malam tadi Dendang Anak turut membuat persembahan lagu tradisional Terengganu yang mempunyai pelbagai versi cerita dan mitos iaitu lagu Ulik Mayang.

Dendang_1
Dendang_3

Majllis persembahan malam ini turut dihadiri Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu; Mohd Sabri Zakaria selaku penganjur bersama program bersam dengan Tourism Malaysia dan majalah Santai Travel. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori