• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Malaya Kalah Kepada Vietnam

oleh Ahmad Albab
17/11/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya terus mempamerkan aksi mengecewakan pada aksi persahabatan antarabangsa selepas kalah 1-3 kepada Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam, hari ini.

Kekalahan itu adalah yang keempat dicatatkan skuad kendalian Dollah Salleh yang sebelum ini tewas dalam tiga aksi persahabatan terdahulu.

Mereka kalah 1-4 kepada Tajikistan di Stadium Central Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos selain kecundang 0-2 kepada Indonesia pada 14 Sept lalu di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia.

Skuad Harimau Malaya turut diaibkan dengan kekalahan 0-3 kepada skuad Bawah 23 (B-23) Syria pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, Rabu lalu.

Malaysia hanya mencatatkan satu kemenangan iaitu mengalahkan Kemboja 4-1 di Stadium Shah Alam pada 20 Sept lalu.

Pada aksi hari ini, kedua-dua pasukan saling mengasak bagi mencari gol awal namun skuad negara berjaya mendahului pada minit ke-22 menerusi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Amri Yahyah yang bijak menyudahkan hantaran daripada Norshahrul Idlan Talaha.

Tersentak dengan gol tersebut, pasukan tuan rumah kembali memperkemas corak permainan bagi mencari gol penyamaan namun dihampakan oleh ketumpulan jentera serangan dan keputusan itu kekal sehingga berakhir separuh masa.

Bersambung babak kedua, pasukan Vietnam menggandakan asakan ke kubu skuad negara dan mereka akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mac Hong Quan pada minit ke-47.

Selang seminit kemudian, skuad negara ditimpa malang selepas pemain pertahanan, Mohd Muslim Ahmad dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan kerana mengasari pemain Vietnam.

Kekurangan 10 pemain dimanfaatkan sepenuhnya pasukan tuan rumah yang menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti oleh Nguyen Van Quyet pada minit ke-56.

Sepakan penalti itu diberikan oleh pengadil selepas pemain pertahanan, Mahalli Jasuli menjatuhkan Van Quyet di dalam kotak penalti skuad negara.

Pemain tengah, Ngo Hoang Thinh mengesahkan kemenangan mutlak Vietnam pada minit ke-81 selepas beliau menyambar bola yang gagal ditampan kemas oleh penjaga gol skuad negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Perlawanan berkenaan adalah sebahagian daripada persiapan skuad negara untuk menghadapi Piala AFF Suzuki di Singapura dari 23-29 Nov ini.

Malaysia yang diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan berdepan Myanmar pada 23 Nov disusuli aksi kedua menentang Thailand (26 Nov) dan kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Skuad negara akan menamatkan aksi peringkat kumpulan menentang Singapura di Stadium Nasional Singapore Sports Hub pada 29 Nov ini. – BERNAMA

Tags: Harimau Malaya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

145,618 Syarikat Mendaftar GST Hingga 16 Nov

Next Post

Guru Cabul 6 Murid Ditangkap Di Indonesia

Related Posts

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

Tunku Mahkota Ismail Garis Kriteria CEO Harimau Malaya

Tunku Mahkota Ismail Garis Kriteria CEO Harimau Malaya

27/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Harimau Malaya jelas bukanlah individu yang calang-calang selepas Pemangku Sultan Johor, Tunku...

Next Post

Guru Cabul 6 Murid Ditangkap Di Indonesia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd