• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Cecah Paras Terendah Dalam 4 Tahun

oleh Ahmad Albab
30/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Harga minyak mentah Brent jatuh ke paras hampir AS$72 (RM241) setong hari ini, terendah dalam tempoh empat tahun selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) memutuskan tidak mengurangkan pengeluaran untuk menaikkan harga.

OPEC membuat keputusan itu selepas Arab Saudi menolak cadangan daripada negara anggota yang lebih miskin untuk mengurangkan pengeluaran, sekali gus menyebabkan harga terus jatuh semalaman.

“Langkah Arab Saudi itu mencerminkan pendiriannya untuk membiarkan harga stabil sendiri apabila pasaran dipacu oleh asas permintaan dan penawaran,” kata penganalisis dari ANZ dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Brent jatuh kepada AS$72.33 (RM242) setong semalaman, selepas jatuh AS$5.17 (RM17.30) semalam kepada AS$72.58 (RM243). Pada awal sesi dagangan semalam harga minyak mentah itu sudah mencecah AS$71.25 (RM238.40) setong, terendah sejak Julai 2010.

Harga minyak mentah Brent sudah jatuh lebih 37 peratus sejak Jun apabila mencecah paras tertinggi AS$115.71 (RM387) setong, kerana peningkatan pengeluaran minyak syal di Amerika Utara menyebabkan berlaku lebihan penawaran di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi dunia yang menyederhana.

Sementara itu, kontrak minyak Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran Januari jatuh AS$4.86 (RM16.30) kepada AS$68.83 (RM230.30) setong, selepas jatuh ke paras terendah sejak Mei 2010 pada AS$67.75 (RM226.70) dalam awal sesi dagangan di Asia.

Harga minyak mentah AS sudah jatuh 15 peratus pada November, penurunan tertinggi dalam sebulan sejak Mei 2012.

Sementara itu, Rusia menjangkakan harga minyak akan jatuh ke paras bawah AS$60 (RM201) menjelang penghujung separuh pertama tahun depan dan negara itu mungkin mengurangkan pengeluaran antara 200,000 hingga 300,000 tong sehari jika harga kekal rendah.

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro pula berkata negaranya akan terus berkempen mengurangkan pengeluaran hingga harga minyak kembali naik ke paras AS$100 (RM335) setong. – Reuters

Tags: harga minyak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peremajaan UMNO Perlu ‘Zuriat’ Berkualiti – Perwakilan

Next Post

Apa Motif Ikon TV Dahlan Maamor Setuju Kutukan Kepada Najib??

Related Posts

Mengapa Harga Minyak Tak Turun: Ini Penjelasan Rafizi

Mengapa Harga Minyak Tak Turun: Ini Penjelasan Rafizi

10/06/2024
1

NIBONG TEBAL : Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan untuk Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap di sini, malam tadi sedikit gamat apabila...

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

12/10/2022
0

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) berkata bahawa kadar inflasi di Indonesia masih terkawal walaupun selepas kenaikan harga bahan api...

Next Post

Apa Motif Ikon TV Dahlan Maamor Setuju Kutukan Kepada Najib??

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd