• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Peminta Sedekah Filipina Sindir Orang Bila Tak Dapat Duit

oleh AK-47
09/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Disindir secara terbuka kalau tidak bagi duit…

Itulah yang dilalui seorang pembaca Mynewshub apabila dia dihampiri oleh kumpulan peminta sedekah menggunakan gitar dari Filipina yang sejak setahun yang lalu agak berleluasa di bandar-bandar utama seluruh negara.

Pengalaman menyakitkan hati yang dilalui oleh Danny ForShort itu membuatkan beliau benar-benar marah dengan kumpulan berkenaan.

“Kt sini sana nak share sikit tentang aktiviti makin melarat larat peminta sedekah dari filipina yg mengatakn bantuan untuk anak anak yatim di filipina.. bila tak bg dia perli perli banyak yg saya dah jumpa,” katanya kepada Mynewshub.

Beliau berkata, ketika kejadian baru-baru ini, beliau berada di restoran Pelita Bangsar.

Disebabkan meja sebelah memberikan RM10, beliau dan rakan pula disindir kumpulan itu bila tidak berbuat perkara yang sama.

Lebih menyakitkan hati dengan kumpulan Filipina itu menurutnya ialah, syarat menderma paling sikit RM10 atau lebih… setakat RM1 atau RM2 tak mahu.

Tidak puas hati dengan sikap biadap kumpulan itu, beliau mengambil gambar wajah salah seorang (gamabr di atas)  agar kegiatan mereka diketengahkan.

Beliau berharap, kebanjiran peminta sedekah dari Filipina harus diberikan perhatian segera oleh pihak berkuasa dan dibendung.

Kumpulan peminta sedekah Filipina selalunya bergerak dengan seorang bermain gitar, seorang lagi menghulurkan kad mengutip derma untuk kanak-kanak kurang bernasib baik.

Kadang kala mereka berdua dan kadang kala bertiga tetapi yang pasti seorang akan bermain gitar sambil menyanyi.

Kepetahan gadis Filipina berbicara disulami ayat menggoda adalah antara modus operandi atau kaedah mereka memperoleh duit.

Seksi melampau itu adakalanya berbaloi apabila mereka dipercayai mampu memperoleh sumbangan sehingga RM1,000 sehari.

Menurut laporan Harian Metro sebelum ini, kumpulan gadis pemuzik jalanan penipu dari Filipina menjadikan pelanggan restoran dan kedai makan di sekitar ibu kota, Seremban, Melaka, Georgetown, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu sebagai sasaran.

Mereka juga menurut laporan itu mengaku sebagai pelajar kolej swasta pergi ke setiap meja pelanggan di restoran yang menjadi sasaran dan mendakwa membuat kutipan derma itu secara sukarela pada masa senggang jika tiada kuliah.

Selain menjaja nama pertubuhan anak yatim dan miskin ‘Children’s Joy Foundation’ yang beroperasi di Filipina, gadis terbabit yang ada kalanya hanya memakai seluar pendek ketat dan baju-T turut mendakwa membuat kutipan derma bagi membantu mangsa Taufan Haiyan yang melanda negara itu, baru-baru ini.

tipu pinoy 2

Taktik kumpulan itu dilihat tersusun bagi mendapat kepercayaan orang ramai apabila menggunakan kad dicetak lengkap dengan alamat yayasan berkenaan, selain nama dan jumlah sumbangan penderma.

Diharap pihak berkuasa di negara ini akan segera bertindak terhadap kumpulan peminta sedekah ini kerana kehadiran mereka dari Filipina untuk berani meminta sedekah tanpa sebarang dokumen sah memperlihatkan kumpulan itu memandang rendah kemampuan pihak berkuasa di negara ini.

Kalau pihak berkuasa kita tegas, sudah tentu mereka tidak akan seberani sekarang.

Tags: JenayahPenipuanSedekah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Waspada Penipuan Guna AI – PDRM

Waspada Penipuan Guna AI – PDRM

16/07/2024
3

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini belum menerima laporan berkaitan kes penipuan yang membabitkan teknologi kecerdasan buatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd