Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Tiada Tindakan Terhadap Dr...

SUNGAI BESAR - Tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap Dr Abdul Rani Osman yang...

Awas Melayu “Menang Sorak...

KUALA LUMPUR - Apa gunanya orang Melayu beragama Islam bergembira Pakatan Harapan menang...

Program Hollywood Komen Fesyen...

JIKA anda peminat setia rancangan hiburan Fashion Police, pasti anda cukup mengenali hos...

Kaji Semula Tuduhan Terhadap...

KUALA LUMPUR : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa Jabatan...

Feriz Marah Jentayu Diperleceh Mahu Ambil MAS

TIDAK sampai pun 24 jam analisis mengenai rancangan pengambilalihan Malaysia Airlines (MAS) oleh sebuah syarikat dikenali sebagai Jentayu Danaraksa Sdn. Bhd. (Jentayu) disiarkan MYNEWSHUB, Pengarah Urusan Jentayu, Feriz Omar mula melenting.

Mungkin marah dengan komentar ‘Apa Motif Jentayu Muncul Pelan Pemulihan MAS’ yang agak kritikal pertikai kemampuan syarikat itu, beliau menyifatkan pihak ketiga cuba perleceh usaha mereka sebagai iri hati lalu cuba menabur fitnah terhadap Jentayu.

Dalam reaksi kerasnya yang dapat dibaca menerusi laman Facebook beliau, Feriz tanpa berselindung mendakwa Jentayu serius dalam cadangan bagi mengambil alih aset strategik MAS dan menyangkal beberapa dakwaan negatif yang disiarkan MYNEWSHUB.

Ini termasuk kononnya Jentayu sebagai syarikat baharu tiada pengalaman dan belum siapkan pelan pengambilalihan itu sambil menegaskan syarikat tersebut dianggotai pasukan profesional terbaik dengan rekod berdekad-dekad dalam industri penerbangan.

Feriz turut melampirkan 5 muka surat daripada lebih 200 halaman pelan cadangan Jentayu itu malah pada akhir tulisan tersebut, beliau mendakwa syarikat itu memiliki dana dan bersedia menjayakan pemulihan MAS daripada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Luahan Feriz menerima banyak komen daripada rakan-rakan Facebook beliau sama ada sokong atau tidak, namun apa yang menarik sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pemain industri penerbangan, benarkan ada pelan dinyatakan Jentayu itu?

Memang benar cadangan tersebut mungkin bersifat sulit dan tidak mungkin disiarkan secara terbuka kepada umum tetapi, jika betul Jentayu jujur mahu menyelamatkan MAS, pelan kononnya rahsia itu wajar didedahkan agar tidak menjadi fitnah lebih besar lagi.

Khazanah telahpun mengumumkan 12-Pelan Pemulihan MAS melalui sidang akhbar pada penghujung Ogos lalu. Pelan ini juga boleh diperolehi di laman web Khazanah yang telahpun mendapat maklumbalas daripada penganalisa, pakar ekonomi dan juga rakyat.
Biarlah masyarakat khasnya kalangan korporat dunia penerbangan menilai pelan Jentayu itu kerana tidak mungkin ada pihak lain yang akan ciplak idea Jentayu sekiranya berniat jahat, dan mana tahu ramai pula tampil memberi idea baharu selain menyokong Jentayu.

Apa yang berlaku kini, Jentayu begitu berahsia sangat dengan pelan tersebut dan berdasarkan beberapa cadangan menerusi lima muka surat pertama itu pun, sudah ramai pertikai idea mereka sebagai kurang praktikal seumpama mahu menjadi syarikat kedua MAS pula!


Sebaik-baiknya, nasihat mudah untuk Jentayu jika berasa pelan mereka cukup hebat dan dapat menyelamat MAS, apa kata adakan sidang media khas dan panggil semua editor meja bisnes media tempatan mahu pun antarabangsa serta buat juga sesi soal jawab.

Kalau boleh, siarkan kesemua 200 muka surat pelan pemulihan itu melalui laman web Jentayu sendiri agar masyarakat di seluruh dunia ‘terkesima’ selain terpegun melihat betapa hebatnya idea anak watan Malaysia sanggup mempertahankan maruah MAS.

Buktikanlah Jentayu lebih ‘genius’ dengan cadangan bertaraf maha karya malah sedia berdiri di depan orang ramai tanpa takut dicaci demi idea hebat itu yang bakal menjadikan MAS seperti kata-kata menerusi iklan komersialnya: ‘Terbang lebih tinggi di angkasa’.

Ini jauh lebih telus berbanding cuma undang stesen TV dan akhbar tertentu yang dilihat macam syok sendiri bahkan tiada ciri-ciri ‘public relation exercise’ kemudian muat dalam laman web syarikat seolah-olah Jentayu sudah dikenali ramai serta banyak publisiti.

Persoalannya beranikah Jentayu berbuat demikian daripada sekadar bermain ‘baling batu sembunyi tangan’ atau syarikat itu ada agenda tertentu bermain dengan waktu menjelang Perhimpunan Agung UMNO akhir bulan ini yang menjadi tumpuan seluruh Malaysia.

Untuk lebih berlaku adil, barang kali Jentayu memang jujur bagi memulihkan semula MAS daripada Khazanah namun setiap gerak-geri mereka kebelakangan ini dilihat penuh curiga seolah-olah ada benda rahsia yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Pun begitu masih belum terlambat Jentayu perbetul keadaan jika betul ia berada di pihak jujur dan apa yang pasti, rakyat Malaysia kini tidak sabar-sabar melihat 200 muka surat pelan pemulihan itu dan dari mana sumber dana digunakan Jentayu demi menyelamatkan MAS. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori