• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Tambah Geran Tahunan Liga Malaysia

oleh Ahmad Albab
20/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menambah geran tahunan kepada persatuan negeri dan kelab untuk menyahut cabaran Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang tidak menyebut jumlah yang bakal ditambah badan induk itu berkata, pihaknya akan mengumumkan perkembangan itu dalam masa terdekat ini.

Buat masa ini, geran tahunan diberi FAM untuk pasukan dan kelab yang beraksi dalam Liga Super adalah RM350,000 manakala bagi Liga Perdana, RM250,000 setahun.

Selain itu, skuad Piala Presiden pula menerima RM100,000.

Mengenai bayaran hak penyiaran, Hamidin mengakui pemberian hak penyiaran kepada persatuan negeri dan kelab dalam Liga-M memang sedang dibincangkan oleh FAM.

Beliau menjelaskan isu hak penyiaran sedang dalam perbincangan dan badan induk memang mengambil berat perkara ini.

Terdahulu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan pemberian hak penyiaran kepada persatuan negeri dan kelab seharusnya dipercepatkan.

Tunku Ismail menganggap bayaran hak penyiaran itu mampu mengurangkan bebanan perbelanjaan persatuan negeri dan kelab pada musim depan. – BH Online

Tags: FAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FIFPRO KECAM HUKUMAN FIFA TERHADAP 7 PEMAIN WARISAN MALAYSIA, ANGGAP TIDAK ADIL & TERLAMPAU

FIFPRO KECAM HUKUMAN FIFA TERHADAP 7 PEMAIN WARISAN MALAYSIA, ANGGAP TIDAK ADIL & TERLAMPAU

02/12/2025
0

1 Disember 2025 | Mynewshub KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Antarabangsa (FIFPRO) menyifatkan keputusan Jawatankuasa Rayuan...

Isu Babit FAM, 7 Pemain Warisan: SPRM `Sedia Masuk’ Buat Siasatan

Isu Babit FAM, 7 Pemain Warisan: SPRM `Sedia Masuk’ Buat Siasatan

18/10/2025
0

KUALA NERUS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan membuka kertas siasatan membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya wujud...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd