• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esscom Pandang Serius Aktiviti Orang Pala’u Di Esszone

oleh Ahmad Albab
04/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) memandang serius tindakan segelintir masyarakat Pala’u yang dikatakan terlibat dalam aktiviti tidak sihat, kata Pengarah Awam ESSCom Ruji Ubi.

Beliau berkata kegiatan itu termasuk penyeludupan barangan terlarang dan membawa masuk pendatang tanpa izin yang boleh mengancam keselamatan negara, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Katanya terdapat keperluan untuk mencari penyelesaian menyeluruh, termasuk usaha mendokumentasi dan menangani isu mengeksploitasi golongan Pala’u, oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kita kena mencari jalan terbaik untuk menangani masalah orang Pala’u ini secara berkekalan. Namun bukan mudah untuk menyelesaikan perkara ini tanpa sokongan semua pihak,” kata selepas mempengerusikan mesyuarat khas di ibu pejabat ESSCom di sini hari ini bagi membincangkan cara terbaik untuk menangani isu itu.

Ruji berkata ESSCom mengambil inisiatif memanggil mesyuarat berkenaan untuk membincangkan hal itu secara mendalam termasuk mendapatkan maklum balas dan pandangan semua pihak.

Mesyuarat itu dihadiri Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun, Ketua Seksyen Komunikasi Strategik ESSCom Mohd Yusri Hashim, pegawai-pegawai daerah terpilih dan wakil pelbagai jabatan dan agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara serta Jabatan Imigresen.

Masyarakat Pala’u mula dikesan sejak 300 tahun lalu dan dipercayai berasal dari kepulauan Riau Johor khususnya Pulau Lingga kemudian berhijrah ke kepulauan Selatan Filipina dan Borneo Utara sejak 100 tahun lalu selepas kejatuhan empayar Melaka.

Golongan ini dikenali sebagai ‘Sea Gypsies’ kerana hidup secara nomad di lautan, dan majoriti mereka masih menetap di perahu dan mengamalkan budaya hidup sebagai pelaut.

Majoriti masyarakat Pala’u kini dikesan menetap di perairan sekitar Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan. – BERNAMA

Tags: EsscomSabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Putus Sudah Kasih Sayang.. Hanez Suraya & Romie

Next Post

Denggi: TPM Pengerusi Mesyuarat J/kuasa Peringkat Kebangsaan

Related Posts

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

Denggi: TPM Pengerusi Mesyuarat J/kuasa Peringkat Kebangsaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd