• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denggi: TPM Pengerusi Mesyuarat J/kuasa Peringkat Kebangsaan

oleh Ahmad Albab
04/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi dalam usaha kerajaan melaksanakan langkah lebih berkesan bagi menangani peningkatan kes dan wabak denggi di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri diiringi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam mesyuarat di Bangunan Parlimen di sini yang antara lain membabitkan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan(PBT) dan agensi lain.

Pada 1 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan sebuah pasukan petugas khas untuk menangani kebimbangan umum mengenai peningkatan kes demam denggi sejak akhir-akhir ini di seluruh negara.

Pasukan diketuai Timbalan Perdana Menteri itu turut disertai menteri-menteri daripada Kementerian Kesihatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan danKerajaan Tempatan dan Kementerian Kerja Raya.

Pasukan itu akan turut membabitkan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri, PBTserta agensi-agensi berkaitan.

Peningkatan kes denggi disebabkan pelbagai faktor seperti persekitaran tidakbersih, perubahan stereotaip virus denggi, faktor pergerakan manusia, perubahancuaca serta urbanisasi.

Justeru, penubuhan Pasukan Khas ini akan membantu Kementerian Kesihatan untuk menangani isu denggi di luar bidang kuasa mereka seperti pengurusansampah, pengurusan tapak binaan membabitkan pihak kontraktor atau pemaju, struktur bangunan yang menjadi tempat pembiakan Aedes dan sistem perparitan yang tidak diselenggara. – BERNAMA

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd