• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

England Bangkit Benam Slovenia 3-1, Rooney Cipta Rekod

oleh Ahmad Albab
16/11/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Wayne Rooney meraikan kejayaannya bergelar pemain termuda England meraih 100 kaps menerusi jaringan pada perlawanan Kelayakan Euro 2016 di Wembley menentang Slovenia, awal pagi tadi.

England merakamkan kemenangan 3-1 pada perlawanan itu dan sekalipun terlebih dulu ketinggalan, jaringan Rooney dan dua menerusi Danny Welbeck memastikan skuad bimbingan Roy Hodgson itu meraih tiga mata berharga.

Gol buat Rooney menerusi penalti pula menyaksikan penyerang Manchester United itu menyamai jumlah 44 gol dimiliki legenda, Jimmy Greaves selaku pemain ketiga terbanyak menjaringkan gol buat England.

“Ia hari yang baik akhirnya,” kata Rooney kepada ITV. “Kami menampilkan karektor dan ia akan menjadi sesuatu yang baik buat kami di dalam pasukan. Sejak Piala Dunia, kami tidak pernah merasainya.”

Ketika ini, hanya Gary Lineker (48 gol) dan Bobby Charlton (49 gol) memiliki jumlah gol lebih berbanding Rooney dan pemain berusia 29 tahun itu dijangka menjadi pemain Inggeris pertama meledak lebih 50 gol buat England.

Pada perlawanan terbabit, England nampak goyah pada babak pertama sebelum jaringan sendiri Jordan Henderson meletakkan Slovenia di depan pada minit ke-57.

Gol itu pantas membangkitkan semangat England dan menyamakan kedudukan menerusi penalti Rooney, dua minit kemudian sebelum penyerang Arsenal, Welbeck meledak dua gol kemenangan pada minit ke-65 dan 72.

“Ia benar-benar menyedarkan kami dan kami bangkit dan membuktikan betapa kuatnya kami,” kata Rooney. – Reuters

Tags: Wayne Rooney
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rooney Buat Hal Lagi, Ditahan Di Lapangan Terbang

07/01/2019
0

WAYNE Rooney ditahan kerana mabuk di khalayak ramai selepas dipercayai mengambil ubat tidur bersama alkohol semasa di dalam pesawat. Bekas...

“Malam Yang Akan Diingat Sampai Bila-Bila”

16/11/2018
0

WAYNE Rooney tidak dapat menahan sebak selepas aksi perlawanan persahabatan England bertemu Amerika Syarikat. Rooney yang telah bersara dari karier...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd