• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dynas Mokhtar Bercinta Dengan Model Muda, Benarkah?

oleh AK-47
23/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Umum mengetahui perihal rumah tangga aktres jelita, Dynas Mokhtar bersama bekas suaminya, Hafizy Hafiz yang hanya mampu bertahan separuh jalan.

Dia yang sudah mula menjalani kehidupan solo selepas berpisah, pastinya tidak lari daripada gosip. Kini heboh kononnya aktres ini sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki muda.

Lelaki yang dikontroversikan itu merupakan seorang model kacak dan pemenang pertandingan HIMbyHatta iaitu Ahmad Aidit Noh.

pix_gal1
Sebenarnya kalau pun benar perkhabaran hubungan mereka, rasanya tidak ada yang salah lagi-lagi Dynas sudah tidak lagi terikat sebagai isteri orang.

Bagaimanapun, Dynas menjelaskan yang mereka tidak bercinta dan sering bertemu semata-mata kerana Aidit adalah model kepada butik milik aktres ini.

Menurut petikan Media Hiburan Online, Dynas memberitahu, “Apa yang boleh saya katakan, kami hanya berkawan dan tidak sampai ke tahap bercinta. Perkenalan kami bermula apabila Aidit banyak menjadi model untuk butik saya.

“Tambahan pula, dia banyak bertanya tentang selok-belok pernigaan kerana dia ingin memulakan jenamanya sendiri. Dia terlalu muda untuk saya, biarlah saya cari lelaki yang lebih matang,” jelas Dynas ketika ditemui di majlis perlantikannya sebagai duta untuk rangkaian produk kesihatan, PhytoScience di Garden Theatre, The Garden Mall.

Pada masa sama, Dynas turut akui kehidupannya kini sibuk dengan penggambaran drama dan aktiviti yang tidak berkesempatan dilakukan dahulu.

“Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan sekarang. Anak-anak pun sudah besar dan inilah peluang untuk saya menghabiskan masa untuk diri sendiri. Malah, saya berkesempatan membuat perkara yang tidak sempat saya buat dulu seperti mengambil lesen menyelam dan lain-lain,” ujar Dynas lagi.

Dia juga sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri berjudul ‘Fullhouse’ yang bakal ditayangkan di Astro Ceria.

Apa pun pilihan Dynas, moga dia bahagia bersama jejaka hatinya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : KAKAK BUNGA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Sumbang 21.500 Mata Untuk MA Ranking Malaysia

JDT Sumbang 21.500 Mata Untuk MA Ranking Malaysia

21/04/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menyumbang 21.500 mata buat MA Ranking Malaysia untuk musim 2025-26....

Warga Emas Didakwa Buat Hantaran Facebook Hina Mahkamah

Warga Emas Didakwa Buat Hantaran Facebook Hina Mahkamah

21/04/2026
0

KUALA LUMPUR _ Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Sepang hari ini, atas tuduhan membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd