• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Warga Singapura Maut Dalam Kemalangan

oleh Ahmad Albab
09/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga Singapura maut apabila kereta mewah jenis Porsche yang dinaiki terbabas dan terbalik di KM3.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban menghala pusat bandar raya, awal pagi tadi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata kejadian berlaku kira-kira 2.45 pagi apabila kereta yang dinaiki mangsa hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang berhampiran Desa Petaling.

Mangsa dikenali sebagai Kwok Kon Chun, 35, dan Franco Toh, 43, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Siasatan awal polis mendapati, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari Sepang ke pusat bandar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, Kwok merupakan seorang pelumba kereta yang sering menyertai perlumbaan di negara ini termasuk Supercar Drag Race di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) manakala Franco seorang jurufoto profesional.

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata sebuah jentera dengan lima anggota dari Balai Bomba Sungai Besi dikejarkan ke lokasi kejadian, sebaik menerima panggilan daripada orang awam untuk mengeluarkan mangsa.

Katanya mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd