Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Pelajar Dakwa Dibelasah Pelajar...

POKOK SENA - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mendakwa dibelasah pelajar senior di...

Jamal Tarik Balik Mohon...

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos...

Larangan Di Lokasi Tertentu...

JOHOR BAHRU - Cadangan larangan remaja bawah umur berada di kawasan bandar raya,...

MARA Sasar Lahir 40,000...

KANGAR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan untuk melahirkan 40,000 usahawan baharu dalam...

IS Dakwa Kuasai Telaga Minyak Di Wilayah Homs

BEIRUT – Militan Negara Islam (IS) di Syria mendakwa menguasai telaga minyak di wilayah Homs, iaitu telaga kedua dalam tempoh seminggu selepas bertempur dengan tentera kerajaan.

Menurut laman sesawang jihad SITE, kumpulan Sunnah itu memuat naik 18 gambar di laman sosial bagi menunjukkan bendera IS dinaikkan di telaga minyak Jahar selain kenderaan dan senjata api yang dirampas.

Bagaimanapun Reuters tidak dapat mengesahkan sama ada kejadian itu adalah atas alasan sekatan keselamatan.

Militan IS itu yang kini menguasai satu pertiga daripada Syria dan sebahagian besar kawasan di Iraq serta mengisytiharkan pemerintahan ‘Khalifah’ di wilayah yang dikuasainya, merampas telaga minyak Sha’ar pada 30 Oktober lalu.

“Selepas Sha’ar dan kawasan di sekelilingnya menjadi sebahagian daripada pemerintahan ‘Khalifah’, kami akan terus mara dan menawan lebih banyak kawasan,” kata IS dalam mesejnya.


Tambahnya: “Semalam ia melipatgandakan penguasaannya di kawasan perkampungan Jahar dan syarikat mengepam gas manakala hampir sembilan kawasan disokong dengan senjata berat seperti kereta kebal, kenderaan perisai dan pelbagai kaliber mesingan.”

Laporan itu menyatakan IS merampas dua kereta kebal, tujuh kenderaan pacuan empat roda dan beberapa mesingan.

Pakatan diketuai Amerika Syarikat melancarkan serangan udara terhadap IS sejak September lalu. Amerika Syarikat menyatakan ia tidak melakukan sebarang koordinasi dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad bagi menentang kumpulan militan itu. – REUTERS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori