• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cumbu French Kiss Sebar 80 Juta Bakteria

oleh
19/11/2014
dalam Gaya Hidup
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMSTERDAM – Ciuman ala Perancis atau popular disebut French Kiss biasanya dianggap cumbuan paling romantik, namun kajian saintis Belanda mendapati dalam tempoh 10 saat sahaja ia mampu menyebarkan 80 juta bakteria dari mulut ke mulut.

Penemuan memeranjatkan itu didedahkan penyelidik terkemuka bidang genom mikrobiologi di Universiti Amsterdam, Prof. Remco Kort sekali gus menasihatkan pasangan agar lebih berhati-hati walaupun niat asalnya mahu menunjukkan tanda kasih sayang.

“Saat ciuman itu, kami mendapati banyak bakteria di paparan skrin komputer, namun hanya sebahagian kecil sahaja yang membuat koloni di tubuh badan,” kata beliau yang menyarankan pasangan cuma cium mulut paling banyak pun 8 kali dalam sehari.

Dianggarkan 700 jenis bakteria hidup bebas di mulut manusia normal daripada keseluruhan 100 trilion mikroorganisme di tubuh badan dan kebanyakan bakteria itu membantu dalam proses mencerna makanan selain mencegah penyakit secara semula jadi.

Lidah ujar Kort, adalah tempat paling disukai bakteria yang mendiami bahagian otot paling lembut itu dan ia mampu bergerak dinamik menerusi air liur sama ada diludah, muntah atau cium French Kiss yang banyak guna pergerakan kuluman atau jeliran lidah.

Bagi memahami isu itu, penyelidik telah minta seseorang minum yogurt mengandungi bakteria Lactobacillus dan Bifidobacteria sebelum cium mulut secara French Kiss pasangannya yang tidak minum yogurt dan hasilnya, bakteria didapati bertambah lebih tiga kali ganda.

Kort berpendapat, bakteria dipindahkan dari lidah peminum yogurt itu kepada pasangannya dan kajian mendapati keadaan tidak berlaku jika individu sekadar mencium bibir temannya itu dengan kedua-dua menutup rapat mulut masing-masing. – Agensi

Pasangan disaran agar menjaga kebersihan mulut terutama lidah dan gigi ketika melakukan aksi ciuman kuluman mesra French Kiss terhadap pasangan. – Gambar hiasan
Tags: AmsterdambakteriaBelandaciumyogurt
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belanda: Ratusan Sertai Protes Bantah Kerajaan Bekal Senjata Kepada Israel

Belanda: Ratusan Sertai Protes Bantah Kerajaan Bekal Senjata Kepada Israel

15/11/2023
0

AMSTERDAM: Ratusan penduduk berhimpun di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam di Belanda bagi membantah tindakan kerajaan yang membekalkan senjata kepada Israel....

Polis Tahan Pembantu Jurulatih Selam Cium Pelancong Wanita

Polis Tahan Pembantu Jurulatih Selam Cium Pelancong Wanita

08/05/2023
0

SEMPORNA – Seorang pelancong wanita warga China mendakwa dicabul ketika melakukan aktiviti selaman di perairan sebuah pulau peranginan Jumaat lalu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd