Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

10 Lagi Masih Tertimbus...

GEORGE TOWN - Sekurang-kurangnya 10 lagi pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan...

Video: Parodi ‘I Am...

MESKIPUN menerima banyak komen sama ada positif dan negatif, namun lagu nyanyian jutawan...

Abramovich Beri £500 Juta...

JUTAWAN Rusia yang berjaya mentransformasikan Chelsea daripada kelab pertengahan kepada skuad digeruni, Roman...

Pakatan Harapan Menang PRK...

BANGI - Pakatan Harapan (PH) yang julung kali bertanding atas lambang sendiri pada...

Cub Prix: Mohd Zaqhwan Lebih Berhati-Hati

MOHD Zaqhwan Zaidi merancang strategi selamat untuk menghadapi perlumbaan akhir sekalipun berjaya mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa CP130 Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan, hari ini.

Pelumba Givi Honda Yuzy Racing itu mencatat masa terpantas 49.853s pada pusingan ke-12, 0.680s lebih pantas berbanding Mohd Iskandar Raduan (Yamalube AHM) yang mencatatkan masa terbaik 50.533s manakala Ahmad Afif Amran (PETRONAS Yamaha-CKJ) mencatat masa ketiga terpantas, 50.541s.

Meskipun menyedari gelaran juara keseluruhan bakal menjadi miliknya seandainya muncul juara atau sekurang-kurangnya di tangga kedua pada minggu ini, Zaqhwan tidak mahu insiden terjatuh dalam perlumbaan akhir di litar sama pada musim lepas berulang.

“Keadaan litar di sini agak licin, jadi saya perlu mengelak daripada terjatuh sebagaimana insiden yang berlaku pada musim lepas,” jelas Zaqhwan.

“Apa yang penting ketika ini adalah sesi Superpole esok. Saya perlu mencari kedudukan petak mula terbaik bagi memastikan saya berada di kelompok hadapan pada perlumbaan akhir nanti.

“Jika berjaya, saya akan memilih strategi selamat dan tidak mahu terlalu terburu-buru untuk ke hadapan. Saya akan cuba kekal dalam kelompok utama dan dapat menamatkan perlumbaan dengan kutipan mata sebanyak mungkin di sini. Paling penting, saya perlu menamatkan saingan di hadapan Norizman Ismail atau berada tidak terlalu jauh darinya,” jelas Zaqhwan lagi.

Setakat lapan pusingan yang telah berlangsung, Zaqhwan kini selesa di tangga teratas dengan 145 mata manakala Norizman (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) di kedudukan kedua dengan 113 mata.

Bercakap tentang gelaran keseluruhan, Zaqhwan berkata, “Saya tidak mahu terlalu memikirkan tentangnya. Memang kalau boleh saya mahu menang esok dan dinobatkan selaku juara keseluruhan di sini, namun saya perlu bijak merancang strategi. Tentang gelaran, kita lihat sahaja bagaimana saingan perlumbaan akhir nanti.”

Sementara itu, saingan CP115 menyaksikan Elly Idzlianizar Ilias (M-Seki Liberty Honda Racing) muncul pelumba terpantas dengan catatan 50.579s diikuti Luqman Shakiemi Hakim (elf Koyoko KC Racing) dengan masa 51.066s dan Mohd Amirul Ariff Musa (Givi Honda Yuzy Racing) ketiga, 51.434s.

Dalam kategori Wira, Khairul Idham Pawi (Kozi Yam Honda Racing) yang telahpun dinobatkan sebagai juara keseluruhan di Kangar, Perlis baru-baru ini terus mendominasi kelas tersebut apabila muncul pelumba terpantas dengan masa 51.031s.


Mohd Afiki Supaat (Jetron Apido Team PJM) muncul pelumba kedua terbaik dengan masa 51.141s diikuti rakan sepasukan Khairul Idham, Mohd Harith Farhan Baharin dengan masa 51.499s.

Keputusan Latihan Bebas

CP130

1.Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda) 49.853s 2.Mohd Iskandar Raduan (Yamaha) 50.533s 3.Ahmad Afif Amran (Yamaha) 50.541s 4.Mohd Zamri Baba (Honda) 50.564s 5.Mohd Affendi Rosli (Yamaha) 50.753s

CP115

1.Elly Idzlianizar Ilias (Honda) 50.579s 2.Luqman Shakiemi Hakim (Yamaha) 51.066s 3.Mohd Amirul Ariff Musa (Honda) 51.434s 4.Mohd Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 51.708s 5.Mohd Fareez Afeez (Yamaha) 51.904s

WIRA

1.Khairul Idham Pawi (Honda) 51.031s 2.Afiki Supaat (Yamaha) 51.141s 3.Harith Farhan Baharin (Honda) 51.499s 4.Saiful Azhary Muhamad (Honda) 51.543s 5.Azam Omar (Yamaha) 51.914s

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori