• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Puas Hati Terhadap Prosedur Ujian Sampel B

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas meluangkan masa lebih satu jam di makmal Hospital Universiti Oslo bagi menjalani ujian terhadap sampel B miliknya, Datuk Lee Chong Wei, 32, amat berpuas hati dengan prosedur yang dijalaninya.

Figura yang juga pemain nombor satu dunia itu diiringi Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz bersama-sama Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh.

Menurut Ramlan, hasil analisa ujian sampel B yang diuji hanya akan diketahui selang satu ke dua hari dan keputusan rasmi dijangka diumumkan dalam lingkungan masa dua hingga tiga hari.

“Saya tidak pasti bila pihak makmal akan mengumumkan keputusan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) jadi kita harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” petik ujarannya dalam temubual bersama Berita Nadi Arena.

“Sampel B itu dibuka di hadapan mata kita sendiri dan atlet berkenaan berpuas hati tentang keadaan sampel itu. Ia dimasukkan ke dalam bekas lain untuk diuji dari segi integriti dan fizikal, bagaimana PHnya dan sebagainya.”

Dalam pada itu, Kenny Goh pula berkata, mereka bersedia dalam menerima sebarang kemungkinan sekiranya keputusan sampel B tidak menyebelahi Chong Wei.

“Kemungkinan kalau perlu, kita mungkin akan tengok dari aspek undang-undang. Buat masa ini, masih belum ke peringkat itu tetapi kalau tiba masa perlu, kita akan memberikan sokongan (khidmat guaman) kepada atlet tersebut.”

Seperti diketahui umum, atlet tersebut terlibat dalam kontroversi penggunaan doping selepas dia disahkan positif menggunakan ‘deksametason’ semasa ujian dijalankan di Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lalu.

Jika Chong Wei didapati positif mengambil doping, maka dia bukan sahaja tidak layak untuk menyertai mana-mana kejohanan, namun bakal digantung penyertaan selama dua tahun. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

[socialpoll id=”[socialpoll id=”2230687″]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

Tiga Beradik Tidak Tahu Sekolah Ditutup Maut Kemalangan, Motosikal Ditunggang Dalam Keadaan Jerebu

Tiga Beradik Tidak Tahu Sekolah Ditutup Maut Kemalangan, Motosikal Ditunggang Dalam Keadaan Jerebu

08/10/2026
0

PONTIAN - Tiga beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kampung Parit Haji Siraj,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd