Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Negeri Hulur RM30,000...

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan menyalurkan dana sebanyak RM30,000 kepada kuil Sree...

Ringgit Terus Turun, 4.27...

KUALA LUMPUR - Ringgit terus turun berbanding dolar AS pada awal dagangan hari...

Kes Cabar Pelantikan Ketua...

KUALA LUMPUR - Pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Penolong Setiausaha Parti...

Rumah Selebriti Hollywood Turut...

KUALA LUMPUR - Beberapa rumah selebriti Hollywood turut musnah dalam kebakaran besar yang...

Cendol Seluar Dalam Yang Menjijikkan Di Puchong

Puchong – Serbuan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor bukan sahaja menahan warga asing, tetapi turut membawa kepada penemuan sebuah lokasi memproses rojak dan cendol dalam keadaan menjijikkan yang tersorok di sebuah kawasan pembinaan di pinggir bandar ini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, didapati kawasan pemprosesan makanan itu seolah-olah seperti tempat pembuangan sampah kerana dipenuhi sampah serta air bertakung selain berbau busuk.

Difahamkan, kawasan pemprosesan itu sudah beroperasi lebih setahun lalu turut menggaji warga asing sebagai penjual cendol dan rojak dengan menaiki motosikal serta lori di sekitar daerah ini dan beberapa daerah berdekatan.

Lebih menjijikkan, perkakasan yang digunakan untuk menyediakan rojak dan cendol turut dijadikan tempat merendam seluar dalam milik pekerja dan diletakkan hampir antara satu sama lain.


Selain itu, keadaan dapur yang dijadikan tempat membuat kuah rojak pula dipenuhi sampah dan tidak diurus dengan baik sehingga boleh menyebabkan tahap kebersihannya diragui. – myMetro Online

Jawab Undian Di Bawah Sebentar;

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori