Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Gajet, Program TV Sebab...

KINI berakhir sudah minggu pertama Syawal. Lebaran dipenuhi dengan riang tawa anak muda,...

13 Pelajar Kolej Miliki...

KUALA LUMPUR - Seramai 13 pelajar kolej swasta termasuk tiga pelajar wanita didakwa...

Basarnas Kesan Objek Dipercayai...

JAKARTA - Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) mengesan satu lagi objek besar...

Agong Titah Beri Perhatian...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah...

CAP Cadang Haramkan Iklan Makanan Bergula Dalam Televisyen

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan 10 langkah drastik kepada kerajaan dalam usaha menangani masalah masalah penyakit diabetes yang semakin serius dalam kalangan rakyat Malaysia.

Cadangan itu termasuk mengharamkan penggunaan pengganti gula yang murah dan tidak berkhasiat dalam makanan iaitu Sirap Jagung Tinggi Fruktosa (HFCS) serta mengarahkan pengeluar mengelak atau mengurangkan kandungan gula dalam produk.

CAP turut mencadangkan kerajaan meminda undang-undang pelabelan dengan mempamerkan kandungan sebenar gula berdasarkan sukatan sudu teh serta melarang iklan makanan dan minuman bergula dalam television.

“Kerajaan perlu juga mengharamkan penjualan makanan ringan di kantin sekolahsupaya pelajar tidak membeli makanan yang tidak berkhasiat dan memindahkan mesin-mesin layan diri yang menjual makanan ringan dan minuman bergula dari kawasan hospital, lapangan terbang dan sekolah.

“Pelancarkan kempen besar-besaran untuk mendidik orang awam mengenai bahaya diabetes perlu dlaksanakan dan mewajibkan pengeluar makanan meletakkan label amaran pada produk yang mengandungi gula Pengguna sendiri perlu mengurangkan pengambilan gula mereka dengan tidak memakan makanan atau minuman yang diproses terutama minuman ringan yang juga dikenali sebagai “liquid candy” di Barat,” kata Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan kerana statistik menunjukkan kira-kira 3.6 juta rakyat dewasa mengalami diabetes bermakna penduduk negara ini telah melampaui ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 807,000 diabetik pada 2025.

Menurut beliau, peningkatan kes-kes diabetes boleh dikaitkan dengan pengambilan gula yang tinggi sedangkan rakyat Malaysia mengambil 26 sudu teh gula setiap hari iaitu yang ke-8 tertinggi di dunia.


Jelasnya, WHO dalam kempennya menentang obesiti telah menyarankan pengambilan gula kepada hanya lima sudu teh sehari maka rakyat Malaysia mengurangkan pengambilan gula sehingga 80 peratus daripada kadar semasa iaitu 26 sudu teh kepada 5 sudu teh gula.

Namun, kata beliau, bukan mudah bagi rakyat Malaysia untuk mengurangkan pengambilan gula mereka hingga ke paras yang menyihatkan kerana terlalu banyak makanan yang diproses kaya dengan gula.

“Gula yang terkandung di dalam makanan seumpamanya pula disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai,” dakwanya.

Beliau memberi contoh gula yang tersembunyi dalam makanan yang diproses seperti berikut:

• Sebotol minuman ringan mengandungi 12 sudu teh gula (2.4x paras WHO)
• Satu coklat papan kecil mengandungi 6-9 sudu teh gula (1.2-1.8x paras WHO)
• Bijirin untuk bayi (350gm) mengandungi 22.8 sudu teh gula (4.6x paras WHO)
• Bijirin sarapan untuk kanak-kanak (220gm) mengandungi 15.4 sudu teh gula (3x paras WHO)
• Minuman malt koko (500gm) mengandungi 45.5 sudu teh atau 40% gula (9.1x paras WHO)
• Minuman susu malt (350gm) mengandungi 23.5 sudu teh gula (4.7x paras WHO);
• Minuman botol istonik mengandungi 4.5 sudu teh gula (0.9x paras WHO).

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori