• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wiski Dan Vodka Halal Dah Ada Di Pasaran.. Halal Ke?

oleh AK-47
18/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah syarikat pengeluar minuman keras telah mencipta dan memasarkan vodka dan wiski dalam ‘versi halal’.

Bagi masyarakat di negara Islam seperti Malaysia, persoalan pertama yang timbul adalah benarkah minuman tersebut benar-benar halal diminum?

2ab86ebd-e90f-4b02-a2e0-19095b784cd1Sememangnya, Syarikat ArKay Beverages telah pun melancarkan produk minuman keras halal ini di mana ia dikatakan tidak mengandungi sebarang kandungan alkohol.

Didakwa sudah mendapat sijil halal untuk penganut Islam dan kini menunggu pengesahan sijil Kosher untuk Yahudi, minuman ini sudah mula dipasarkan di Amerika Syarikat, Australia, Mexico dan beberapa tempat di sekitar Eropah.

Tujuan ArKay mencipta minuman versi halal ini dikatakan bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka selain memberi kelainan kepada pengemar minuman keras.

Memetik laporan Astro Awani,  Presiden ArKay, Sylvie Grattagliano memaklumkan wiski dan vodka halal akan dijual di negara-negara seperti Itali, Sepanyol, Jerman, Belanda, England serta negara yang mempunyai populasi orang Islam teramai di Eropah Barat iaitu Perancis pada tahun hadapan.

2012-01-06-arkay-whisky

 

Produk minuman keras halal keluaran syarikat ini dikatakan telah menarik minat ramai pihak yang mahu mencuba.

Pengguna sasarannya termasuklah orang Islam, wanita mengandung dan pemandu tegar yang tidak boleh mengambil minuman alkohol.

Rata-rata pelanggan didakwa memberi respon ia mempunyai rasa menarik dan tidak membahayakan kesihatan seperti minuman keras alkohol biasa.

Namun meskipun sudah dapat pengesahan halal di luar negara, setahu kami Malaysia mempunyai garis panduan tersendiri dalam menentukan sama ada sesuatu produk boleh diberikan sijil halal negara ini.

Antaranya, minuman yang dibuat dengan niat dan cara sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling dikira haram diminum, justeru sijil halal tidak akan dikeluarkan sebagaimana minuman ringan jenama Malta (GAB) dan Nutri Malt (Carlsberg) yang dijual di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : KAKAK BUNGA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - “Budak yang PMX sebut ini, kita orang kat Johor dah kenal sangat dah. Budak itulah yang selalu...

Nantikan 30 Mei 2026 ‘Enter The Realm of Champions’ – Tunku Mahkota Ismail

Nantikan 30 Mei 2026 ‘Enter The Realm of Champions’ – Tunku Mahkota Ismail

18/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mencetuskan keterujaan dalam kalangan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd