• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badan Khas Latih Kaunselor Akan Ditubuhkan

oleh Ahmad Albab
05/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah badan khas di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) akan ditubuhkan untuk memberi latihan kepakaran kepada para kaunselor di negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, dengan memiliki kepakaran, kaunselor berkenaan dapat memberikan khidmat lebih berkesan dalam pelbagai bidang kaunseling.

Berucap pada majlis perasmian Seminar Kaunseling Lembaga Kaunselor 2014 di sini, hari ini, beliau turut mencadangkan supaya lebih ramai orang menawarkan diri menjadi kaunselor sukarelawan.

Rohani berkata sebagai contoh, badan-badan bukan kerajaan, kelab dan persatuan, malah orang ramai boleh berbuat demikian.

“Kaunselor-kaunselor yang sedia ada boleh membantu mereka menjadi kaunselor yang terlatih,” katanya.

Mengikut rekod, sehingga akhir Julai ini, sejumlah 5,445 orang kaunselor telah didaftarkan di bawah Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan kementerian menyasarkan 11,000 orang kaunselor menjelang tahun 2020, katanya.

Rohani turut menyeru lebih ramai penuntut di universiti menyambung pengajian dalam bidang kaunseling bagi meningkatkan jumlah kaunselor. – BERNAMA

Tags: Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tahan Lelaki, Rampas Dadah Bernilai RM40,000

Next Post

Rosmah Seru Para Isteri Pemimpin Main Peranan Proaktif

Related Posts

Tingkat Kemudahan Perumahan & Persekitaran

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata...

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60...

Next Post

Rosmah Seru Para Isteri Pemimpin Main Peranan Proaktif

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd