Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza sememangnya layak disanjung atas kejayaannya mengharumkan nama bidang seni negara.
Terbaharu, beliau diiktiraf sebagai ‘Women of Excellent Malaysia’ 2014.
Populariti Siti membuatkan apa sahaja yang dibuatnya pasti menjadi dan dapat perhatian.
Contohnya semalam, apabila Siti membuat kemunculan istimewa di Astro AWANI.
Kehadiran Siti di sana sebenarnya bagi memperkatakan tentang Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) yang bakal ke udara menerusi slot Agenda AWANI, Sabtu ini jam 8.30 malam.
Namun sempat pula Siti membuat penampilan istimewa apabila mengambil alih tugas pembaca dan penerbit berita, Rizal Zulkapli untuk menguar-uarkan tentang Pak Majid, warga emas yang berjalan kaki satu semenanjung bagi meraikan kejayaan pasukan bola sepak Pahang menjuarai Piala Malaysia, baru-baru ini.
BACA: Pahang Menang Bola, Pak Majid Jalan Kaki Keliling Semenanjung
Rasa comel pula melihat telatah dan aksi Siti jadi pembaca berita kan?

