• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Afghanistan Sekat Iklan Model Wanita

oleh
04/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
Beberapa lelaki melintasi sebuah papan iklan di tepi jalan di ibu negara, Kabul yang memaparkan wanita sebagai model.

KABUL – Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Afghanistan pada 3 November menyekat sebarang iklan yang memaparkan wanita secara berlebihan sebagai model promosi produk atau perkhidmatan komersial di negara itu, lapor agensi berita AFP.

“Semua iklan wanita sebagai hiasan atau fesyen menjadi alat untuk menarik wang sebenarnya merendahkan martabat wanita Afgan sendiri. Kami minta media untuk elak komersial yang terlalu promosi keruntuhan budaya dan menyebabkan gejala sosial,” kata kenyataan kementerian.

Papan iklan dan komersial menerusi siaran televisyen daripada promosi telefon bimbit sehinggalah pelan insurans naik mendadak sejak kejatuhan rejim Taliban pada 2001 dan Afghanistan mula membuka pintu ekonomi kepada pelabur antarabangsa.

Banyak iklan bagaimanapun menunjukkan wanita muda sebagai bahan pelaris dan pemerintah Afghanistan mendakwa model wanita tidak sepatutnya dieksploitasi keterlaluan untuk tujuan komersial di negara yang masih berpegang kepada fahaman konservatif itu.

Semasa pemerintahan kejam Taliban dari 1996 sehingga 2001, Afghanistan menutup semua pengaruh Barat termasuk mengharamkan televisyen dan wanita dilarang keluar rumah tanpa memakai jubah tradisional tempatan atau burqa.

Namun Presiden Hamid Karzai yang memegang kuasa kemudian mula lebih terbuka dalam polisi pentadbirannya dengan sedikit kawalan dan dasar itu masih diteruskan presiden baharu, Ashraf Ghani yang mengambil alih pemerintahan pada September lalu. – AFP/CNA

— AMREE AHMAD

Tags: AfghanistaniklantalibanWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd