• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

95 Terbunuh Serangan Bom Rejim Syria Di ‘Ibu Negara’ IS

oleh Ahmad Albab
27/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIRUT – Serangan udara tentera Syria terhadap kubu kuat kumpulan Negara Islam (IS) di Raqa mengorbankan sekurang-kurangnya 95 orang ketika delegasi kerajaan Presiden Bashar al-Assad mengadakan rundingan dengan sekutu utamanya, Russia semalam.

Serangan bom semalam adalah serangan berdarah paling terbesar oleh tentera udara rejim Assad di Raqa sejak kumpulan pejuang kumpulan ekstremis Sunni IS menawan bandar itu tahun lalu dan mengisytiharkannya sebagai ‘ibu negara’.

Lebih separuh jumlah korban membabitkan orang awam, demikian menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Tidak diketahui berapa ramai korban membabitkan militan IS.

Raqa adalah yang pertama dan satu-satunya bandar yang gagal dipertahankan tentera rejim kerajaan sebelum ditadbir oleh IS.

Ia digunakan oleh IS sebagai ibu pejabat gerakan itu bagi Syria dan negara jirannya, Iraq.

Sementara itu di Russia, delegasi Syria diketuai Menteri Luar, Walid Muallem mengadakan rundingan dengan Presiden Vladimir Putin di Laut Hitam di Sochi, semalam.

Namun kandungan rundingan membabitkan perbincangan tertutup itu tidak didedahkan.

Sebelum ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan rundingan bagi menamatkan konflik di Syria sebanyak dua kali di Switzerland pada awal 2013, namun kedua-duanya berakhir tanpa sebarang persetujuan. – AFP

Tags: serangan buaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Parah Diserang Buaya Ketika Memancing Di Kuantan

19/08/2018
0

KUANTAN - Seorang lelaki parah selepas dipercayai diserang seekor buaya ketika berada di tebing sungai berhampiran Kampung Kurnia, Batu 3...

Mayat Lelaki OKU Disambar Buaya Di Lawas Dijumpai

30/07/2018
0

LAWAS - Mayat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang disambar buaya semalam semasa mengambil air di tebing sungai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd