• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Ditahan Terlibat Jual DVD Cetak Rompak Di Terengganu

oleh Ahmad Albab
04/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tujuh individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menjual cakera video digital (DVD) cetak rompak di negeri ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata kesemua mereka ditahan dalam satu ‘Ops Ostrich’ yang dijalankan sejak 30 Okt lepas di seluruh negeri ini.

Katanya menerusi tangkapan itu juga, pihak polis juga turut merampas 581 keping DVD cetak rompak dengan daerah Kuala Terengganu mencatatkan tangkapan paling tinggi iaitu seramai lima orang.

“Di Dungun kita menahan seorang lelaki dengan merampas sebanyak 12 keping VCD (cakera padat video) cetak rompak serta daerah Marang seorang lelaki dengan 87 keping VCD cetak rompak,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Sementara itu Jamshah berkata pihaknya juga telah melancarkan ‘Ops Vulture’ bagi menangani kes Along dan peminjam wang tanpa lesen yang beroperasi di negeri ini.

Katanya meskipun setakat ini tiada kegiatan pinjaman wang Along secara bersindiket bagaimanapun ada sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan menawarkan pinjaman kepada peniaga-peniaga kecil.

“Kita dapati ada Along yang mengambil peluang dengan mempengaruhi para peniaga untuk memberikan hutang kepada peniaga dan kita akan membasmi kegiatan seperti ini,” katanya.

Katanya menerusi sembilan operasi yang dijalankan bermula 30 Oktober lepas, pihaknya telah menurunkan sebanyak 189 sepanduk iklan Along di seluruh negeri itu.

Bagaimanpun katanya setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kegiatan itu tetapi pihaknya sentiasa komited dalam menangani segala bentuk perlakuan jenayah di negeri ini dan operasi-operasi sedemikian akan dilaksanakan secara berterusan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung sebarang aktiviti jenayah boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis menerusi talian 09-6354743 atau khidmat pesanan ringkas Rakan Cop. – BERNAMA

Tags: Cetak Rompakpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd