• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Sekeluarga Maut, Kereta Dinaiki Bertembung Bas Ekspress

oleh Ahmad Albab
21/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LIPIS – Empat sekeluarga maut selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres dua tingkat di Kilometer 81 Jalan Lipis-Merapoh, dekat Kampung Kubang Rusa di sini, awal pagi tadi.

Pemandu kereta Ahmad Nor Sallahuddin Ahmad Zamberi, 28, dari Pengkalan Chepa, Kelantan yang merupakan seorang tentera dan pernah bertugas di Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Majidee, Johor Baharu, maut di tempat kejadian.

Sementara isterinya, Azian Ismail, 32, bersama sepasang anak mereka, Ahmad Abinubli Ahmad, 3, dan anak perempuannya, Airis Auta yang bakal mencecah usia setahun pada 13 Dis depan, meninggal dunia di Hospital Gua Musang, Kelantan semasa menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata kemalangan berlaku pada 2.30 pagi ketika mangsa sekeluarga dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas tersebut.

“Siasatan awal mendapati jalan di situ berselekoh dan berbukit namun keadaan terang kerana ada lampu jalan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, pemandu bas, Che Zaidi Che Hamid, 40, bersama seorang pembantu dan 47 penumpang bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis kini sedang mengesan tempat kerja terkini Allahyarham Ahmad Nor Sallahuddin memandangkan mangsa dilaporkan tidak lagi bertugas di Kem Majidee.

Mayat Ahmad Nor Sallahuddin dihantar ke Hospital Daerah Lipis dan kesemua mangsa dijangka akan dibedah siasat pagi ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al-Fatihah.

– BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd