Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Imigresen Lancar Asean Gate,...

SEPANG – Jabatan Imigresen hari ini melancarkan dua laluan khas di Lapangan Terbang...

3 Lelaki Dipercayai Terlibat...

KLANG - Tiga lelaki disyaki terlibat dengan sindiket skim pelaburan JJ Poor to...

Mahkamah Korea Selatan Bebaskan...

SEOUL - Mahkamah Rayuan Korea Selatan telah membebaskan Naib Pengerusi Samsung Electronics, Lee...

Pelbagai Entiti Tunjuk Minat...

KUALA LUMPUR - Pelan Pemulihan MAS (MRP) terus menarik minat daripada pelbagai entiti...

2 Peruncit Didenda Miliki Rokok Belum Lulus Kastam

KANGAR – Dua pemilik kedai runcit didenda berjumlah RM3,650 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki rokok belum lulus Kastam.

Kamaruzaman Mat Rejab, 42, didakwa memiliki 1,400 batang rokok jenama John Black dan John Limited, 160 batang rokok Tex Methol, 620 batang gudang garam Sampoerna dan 228 batang rokok Surya bernilai RM215.63.

Dia melakukan kesalahan itu di premis perniagaannya di Jalan Santan, di sini pada 3.20 petang, 6 Mei lepas dan didenda RM2,800 atau sembilan bulan penjara jika gagal membayar denda.

Khor See Hin, 49, pula didakwa memiliki 520 batang rokok jenama John Black dan John Limited serta 276 batang Surya bernilai RM63.13.

Khor didenda RM850 atau empat bulan penjara kerana melakukan kesalahan itu di kedainya di Kampung Bunga Emas, Simpang Empat pada 11 pagi, 19 Jun lepas.

Bagaimanapun M. Muthalagan Muniandy, 44, mengaku tidak bersalah memiliki 12,600 batang rokok putih John Black dan 16,800 batang rokok John Limited bernilai RM2,079.


Tertuduh membawa barang larangan tersebut dalam empat bag dan ditahan di Terminal Feri Kuala Perlis pada 2.30 petang, 15 Mei lepas sebaik tiba dari Langkawi.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta sama yang memperuntukkan hukuman tidak kurang 10 kali ganda dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Norhayati Ibrahim menetapkan 12 Jan untuk sebutan semula kes Muthalagan.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa daripada Jabatan Kastam Perlis, Abdul Malik Awang Kechik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori