Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Pelajar Lompat Dari Kereta...

MIRI - Seorang pelajar tingkatan empat patah kaki kiri setelah berjaya menyelamatkan diri...

Tiong Tarik Balik Saman...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing hari ini...

Baru 30 Ahli Dah...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyindir...

Lelaki ‘Mat Salleh’ Marah...

PETALING JAYA: Lelaki warga asing yang tidak memakai pelitup muka selain mengeluarkan kata-kata...

13,496 Sukarelawan Sertai Kospen Sehingga 10 Nov Lepas

SEMPORNA – Sejumlah 13,496 sukarelawan dilatih untuk menyertai program Komuniti Sihat, Perkasa Negara (KOSPEN) sejak ia mula dilaksanakan pada 2013 sehingga 10 Nov tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sejumlah 9,333 orang terdiri daripada orang awam, 3,662 dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), dan 501 sukarelawan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bilangan lokaliti KOSPEN di seluruh negara pula sebanyak 2,253 dan sehingga November tahun ini sebanyak 22,234 individu berumur 18 tahun ke atas telah disaring dalam program itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran KOSPEN peringkat negeri Sabah di Pulau Bum Bum, dekat sini Sabtu.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

KOSPEN mula dilaksanakan pada Julai 2013 dan merupakan inisiatif baharu melibatkan transformasi perkhidmatan kesihatan awam yang bertujuan meningkatkan mutu kesihatan rakyat di seluruh Malaysia.

Sukarelawan yang telah dilatih oleh KKM berperanan utama dalam menyampaikan serta melaksanakan aktiviti KOPSEN di lokaliti yang mengambil bahagian.

Mengulas lanjut, Subramaniam berkata kementeriannya menyasarkan sejumlah 10,000 lokaliti KOPSEN dibentuk menjelang tahun 2016 dengan penglibatan 50,000 sukarelawan terlatih.


“Kami berharap KOPSEN juga dapat memberi manfaat kepada masyarakat di mana kami sasarkan 1.5 juta individu dapat disaring dalam tempoh berkenaan,” katanya.

Beliau berkata untuk memastikan objektif dan matlamat KOPSEN dapat dicapai, pihaknya menjalin kerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk melaksanakan program itu dan nota persefahaman ditandatangani pada Februari lepas.

Sementara itu ketika berucap, Mohd Shafie, yang juga Anggota Parlimen Semporna, sekali lagi meminta kerajaan pusat mempercepatkan pembinaan jambatan dari pekan Semporna ke Pulau Bum Bum yang sangat diperlukan kira-kira 40,000 penduduk di sini.

Projek jambatan ke Pulau Bum Bum itu diluluskan pada 2012 dengan peruntukan RM25 juta untuk pembinaan awal.

Beliau turut meluluskan peruntukan RM300,000 untuk membaik pulih dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bum Bum. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori