• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zainal Optimis Peluang Pahang Tanpa 2 Tunggak Utama

oleh Ahmad Albab
12/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan optimis mengenai peluang skuad kendaliannya pada saingan separuh akhir Piala Malaysia menentang Kedah selepas kehilangan dua tonggak utama yang bakal menjalani penggantungan satu perlawanan.

Beliau yakin keputusan cemerlang yang diraih dalam beberapa perlawanan sebelum ini, mampu diterjemahkan pemain skuad ‘Tok Gajah’ pada aksi separuh akhir pertama menentang Kedah, 19 Oktober ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Dua pemain berkenaan iaitu penyerang, Dickson Nwakaeme dan pemain pertahanan, Damian Delano Stewart dijangka kembali memperkuat skuad ‘Tok Gajah’ pada aksi timbal balik di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 24 Oktober ini.

“Sebelum ini, kita menerima pelbagai dugaan termasuk penjaga gol kita, Mohd Nasril Nourdin dilayangkan kad merah ketika berdepan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuantan tempoh hari…Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid yang masih tidak berapa sihat terpaksa saya masukkan juga bagi gantikan tempat Mohd Nasril.

“Saya akui kita berdepan tugas berat berdepan Kedah (pada separuh akhir pertama) tanpa ketiadaan dua pemain ini, namun saya yakin para pemain dapat melakukan sesuatu,” katanya kepada pemberita.

Zainal Abidin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas aksi suku akhir kedua antara Pahang dan PDRM di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Pahang mara ke separuh akhir selepas menang agregat 3-2 ke atas PDRM manakala Kedah mengejutkan naib juara 2013, Kelantan menerusi kemenangan agregat 4-3 dalam satu lagi saingan suku akhir.

Dalam pada itu, Zainal Abidin memuji semangat juang yang dipamerkan barisan pemain yang tidak berputus asa walaupun beraksi 10 pemain selepas Damian diperintah keluar padang oleh pengadil, Mohd Nafeez Abd Wahab kerana mengutip kad kuning kedua.

“Alhamdulillah, mereka telah menjalankan tugas dengan baik walaupun separuh masa pertama, corak permainan kita agak terumbang ambing. Saya turut puji (pemain gantian), Mohd Fauzi Rozlan yang berjaya menjaringkan gol kemenangan pada babak terakhir perlawanan,” kata Zainal Abidin.

Sementara itu, penolong jurulatih PDRM, Azman Adnan berbangga dengan aksi yang dipamerkan pemain skuad ‘The Cops’ walaupun mereka gagal meneruskan kemaraan pada saingan Piala Malaysia, musim ini.

“Saya sendiri akur bahawa kekurangan pengalaman menjadi punca kekalahan kita pada perlawanan ini…walaupun kita tewas, saya bangga dengan aksi yang dipamerkan pemain,” kata bekas pemain kebangsaan era 90-an itu. – BERNAMA

Tags: Piala MalaysiaSkuad Tok Gajah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Dipenjara Kerana Ancam Sihir

Next Post

Falcao Mahu Bertahan Lebih Lama Di Manchester United

Related Posts

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

04/12/2023
0

PETALING JAYA – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mendapat kritikan hebat selepas keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih belum...

Next Post

Falcao Mahu Bertahan Lebih Lama Di Manchester United

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd