• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Worldwide Holdings Berhad Korban Lima Ekor Lembu

oleh AK-47
08/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPATUHAN kepada perintah Allah bukan setakat mengorbankan hartanya, malah jiwa sekali apabila ia dikehendaki Allah. Pengorbanan ini merujuk kepada peristiwa Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail sebagai ujian ketaatan kepada perintah Allah S.W.T.

Ibadah korban Aidil Adha  ini bukan saja dilaksanakan secara individu, bahkan di laksanakan oleh syarikat korporat. Turut sama menyahut seruan itu, syarikat hartanah, Worldwide Holdings Berhad yang mengajurkan majlis itu di Shah Alam, Selangor hari ini.

WHB2

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Ami Nardin Ishak berkata, sebanyak lima ekor lembu dikorbankan membabitkan 35 warga kerja Worldwide Holdings. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

“Upacara menyembelih lembu dimulakan seawal jam 8 pagi di Pangsapuri Baiduri dan seterusnya melapah di perkarangan ibu pejabat Worldwide Holdings di Seksyen 7, Shah Alam. Ia dilakukan secara bergotong-royong dari Kelab Sukan & Rekreasi (KSR) Worldwide Holdings Bhd dan Worldwide Landfills Sdn Bhd,” katanya ketekia ditemui di majlis itu tadi.

WHB3

 

whb5

Daging-daging korban itu kemudian diagihkan ke lima buah rumah anak yatim iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin (Peyakin) Klang, Rumah Tumpangan & Sekolah Anak-Anak Yatim dan Miskin Sungai Pinang, Klang, Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al Munirah, Klang, Rumah Amal Al-Firdaus dan Rumah Siti Khadijah Anak-Anak Yatim Puteri, Klang, Selangor.

Terdahulu, syarikat menyumbang sebanyak 109 ekor lembu bagi Program Ibadah Korban Peringkat Negeri Selangor untuk diagihkan kepada masjid-masjid seluruh Selangor, badan-badan NGO, mualaf, ibu tunggal, penduduk orang asli bergama Islam dan lain-lain.

whb6

Ami Nardin Ishak berkata, syarikatnya turut menyumbangkan dua ekor lembu korban kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk ibadah korban perdana yang dianjurkan bersama TV Al-Hijrah pada 6 Oktober lalu di Masjid Rinching Hulu, Semenyih, Selangor. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA 

 

Tags: ibadah korbankorporat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Baginda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd