• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wilayah Chiba Tawar Laluan Produk Halal M’sia Ke Jepun

oleh Ahmad Albab
21/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHIBA (Jepun) – Malaysia dan Jepun akan menjalin kerjasama lebih rapat dalam pembangunan produk halal, dengan menjadikan Wilayah Chiba di sini sebagai pintu masuk kepada produk halal untuk pasaran Jepun.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakan sejawatannya, Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun, Koya Nishikawa telah menyatakan komitmennya dalam merealisasikan kerjasama itu ketika pertemuan dua hala di Tokyo hari ini.

“Jepun yang sudah bersedia menerima atlet untuk temasya Olimpik Tokyo 2020, masih belum membuat keputusan mengenai negara pembekal produk halal.

“Kita mungkin negara pertama yang menawarkan produk halal, dan Chiba melalui Naib Gabenornya Takahashi Wataru, menerima cadangan menjadikan wilayahnya sebagai pintu masuk,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dua hala berkenaan serta melawat ladang lembu wilayah Chiba, di sini.

Oleh itu, beliau berkata Kementerian Pertanian akan menganjurkan ekspo dan seminar produk halal di wilayah Chiba awal tahun depan.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun bersetuju membawa masuk produk ayam beku Malaysia ke negara ini.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan Jepun memerlukan kepastian dan jaminan daripada Kerajaan Malaysia berhubung status wabak selesema burung di Malaysia.

“Ini bukan suatu isu yang besar kerana mereka (kerajaan Jepun) menganggap kita masih mengalami wabak selesema burung, dan kita akan menulis surat secara rasmi untuk memaklumkan kepada mereka bahawa Malaysia bebas daripada penyakit itu,” katanya.

Beliau berkata produk ayam beku merupakan antara 112 produk yang masih belum menerima kelulusan pihak berkuasa Jepun untuk dipasarkan di negara Matahari Terbit ini.

Pada pertemuan dua hala itu juga beliau berkata kementerian berkenaan meminta Kerajaan Jepun mengkaji dengan serius permohonan Malaysia untuk mendapatkan kelulusan bagi produk-produk terbabit termasuk mangga, betik dan tembikai.

“Mereka minta kita menyenaraikan produk mengikut keutamaan, dan kita akan tengok produk yang mendapat permintaan tinggi dari Jepun, dan kita akan menghantar senarai tersebut secepat mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan Jepun telah meluluskan kemasukan produk Mempelam Harumanis untuk dipasarkan di negara ini.

Beliau berkata Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun turut memohon kerajaan Malaysia meluluskan sekatan ke atas eksport daging lembu Jepun bagi membolehkan produk itu dipasarkan di Malaysia.

“Mereka memaklumkan ada larangan (eksport) daging lembu dari Jepun ke negara kita, saya akan teliti isu ini, saya tidak nampak ia berhubung masalah kebersihan, tetapi semua daging lembu mesti berstatus halal,” katanya. – BERNAMA

Tags: HalalIsmail Sabrijepun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perak Tuan Rumah Sambutan Ulang Tahun PAS Ke-63

Next Post

Sweet.. Selfie Dua Pemimpin Serumpun Nusantara

Related Posts

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

‘Ismail Sabri Dipanggil SPRM Lagi Jika Gagal Kemuka Dokumen Isytihar Harta’ – Azam Baki

‘Ismail Sabri Dipanggil SPRM Lagi Jika Gagal Kemuka Dokumen Isytihar Harta’ – Azam Baki

10/04/2025
3

Kota Kinabalu: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan dipanggil semula memberi keterangan semula kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Next Post

Sweet.. Selfie Dua Pemimpin Serumpun Nusantara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd